Friday, August 27, 2010

Senarai “anda jangan mulakan pelaburan hartanah” jika

Setiap satu senarai akan bersambung dengan perkataan ini, anda jangan mulakan pelaburan hartanah…

1. Jika anda membeli hartanah kerana harganya, tapi sekarang anda tiada wang untuk membayarnya pula.

2. Jika anda membeli rumah disebabkan kawan, atau saudara-mara anda adalah penjualnya.

3. Jika anda mencari hartanah didalam akhbar, padahal anda tahu… harga hartanah yang terbaik tidak terdapat disana.

4. Jika anda mencari rumah didalam internet dengan menaip “rumah untuk dijual”.

5. Jika esok baru nak bayar deposit, tapi didalam kereta anda telah berangan-angan untuk menjualnya.

6. Jika anda membeli rumah lelong lebih dari 10 unit.

7. Jika anda fikir anda tahu segala-galanya tentang hartanah.

8. Jika anda merasakan pelaburan hartanah boleh membuatkan anda kaya dan menjadi jutawan.

9. Jika anda bercita-cita untuk menjadi tuan tanah yang mesra dan “sporting”

10. Jika anda merasakan anda harus bagi diskaun pada penyewa anda.

11. Jika anda merasakan harga rumah akan turun didalam masa 3-4 bulan lagi.

12. Jika anda membeli hartanah mewah sebagai teknik untuk cepat kaya.

13. Jika terlalu taksub dengan ” hype” rumah lelong… sehinggakan anda tidak berminat tentang hartanah yang lain.

14. Jika anda tidak terfikir bahawa menjual rumah yang murah lagi susah…

15. Jika anda ingin jadi pelabur, tetapi anda tidak melabur untuk diri sendiri dahulu.

16. Jika anda fikir jika ada duit anda boleh berjaya dengan pelaburan hartanah.

17. Jika anda terus percaya dengan apa yang anda baca.

18. Jika setelah membaca yang ke 18, anda mula ragu-ragu tentang tip hartanah untuk hari ini.

19. Jika anda merasakan saya dapat membaca fikiran anda.

20. Jika anda fikir anda hebat dan tidak mahu terus membaca.

21. Jika anda membeli rumah kerana ia berdekatan dengan sekolah.

22. Jika anda menjual rumah tanpa membaik pulih satu benda pun.

23. Jika anda merasakan hartanah ini boleh dijual dengan harga maksima.

24. Jika anda tidak terfikir yang penyewa rumah sekarang adalah pembeli yang berpotensi.

25. Jika setiap kali anda membayar sewa, anda berasa rugi untuk membayarnya.

26. Jika anda berfikir “kalaulah” suami anda sudah tiada, rumah ini nanti jadi milik anda…

Tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa, tetapi saya merasakan ianya sesuatu yang menarik untuk dikongsi dan panduan untuk saya dan ramai pelabur-pelabur diluar sana.

No comments:

Post a Comment