Friday, August 27, 2010

Bagaimana memahami kitaran pasaran hartanah

Anda bukan sahaja perlu membuat penyelidikan tetapi belajar dan memahami halatuju pasaran untuk berjaya dalam bidang perniagaan hartanah. Mengetahui kitaran pasaran adalah berguna kepada anda sebagai bakal pembeli kerana anda boleh membuat keputusan pelaburan yang bijak dengan membina strategi pasaran yang kukuh. Strategi ini akan membantu anda menimbangkan potensi risiko dan pulangan melabur pada bila-bila masa dalam kitaran pasaran dan ianya sangat penting untuk memastikan keuntungan dalam pelaburan hartanah.

Kelebihan pertama dari mengetahui dan memahami kitaran pasaran adalah keupayaan untuk mengetahui bila anda boleh mendapatkan jual beli yang bagus atau yang tidak semasa mencari hartanah. Seringkali pembeli tersalah anggapan dan membeli dengan harga yang terlalu tinggi kerana percaya bahawa nilai hartanah akan naik dan harganya akan meningkat. Malangnya, ia kerap tidak berlaku sedemikian dan pembeli akhirnya memiliki hartanah yang tidak membawa keuntungan seperti yang dijangka. Jika anda belajar mengenai pasaran, anda akan dapat mengetahui bila anda berada dalam kitaran pasaran menurun. Ini sangat penting kerana anda akan menyedari samada pembelian hartanah anda adalah satu jual beli yang menguntungkan atau tidak. Seharusnya jual beli itu adalah satu jual beli yang berpotensi memberi keuntungan walaupun anda memilikinya semasa pasaran menurun.

Jika menyedari kitaran menurun akan berlaku, anda haruslah memastikan dapat mengumpul segala maklumat yang ada untuk mempunyai peluang lebih baik dalam jual beli baru yang akan anda temui.Sebagai pembeli anda akan menjumpai banyak jual beli di pasaran menurun kerana ramai pemilik akan cuba menjual hartanah mereka. Jika anda bersedia dalam keadaan sebegini anda akan dapat memiliki hartanah yang boleh memberi pulangan jangka masa panjang yang menguntungkan.

Mengetahui kitaran pasaran akan membantu anda menjumpai strategi terbaik untuk menjual hartanah anda. Tentunya anda mahu menjual hartanah yang anda beli dengan harga yang lebih tinggi supaya anda boleh mengaut kuntungan yang dicari. Jesteru, anda harus menjual hartanah anda pada kitaran pasaran meningkat atau pada fasa yang digelar “fasa boom” (boom phase). Dalam fasa kitaran ini anda berpeluang untuk membida harga hartanah anda berikutan kekurangan tawaran hartanah. Kitaran seperti ini bagaimanapun sangat pendek dan biasanya akan berakhir dalam masa enam atau 12 bulan. Ini boleh menyebabkan ramai pelabur yang tidak bersedia terlepas peluang.

Jika anda melabur dalam kitaran penuh hartanah atau sekitar lima ke sepuluh tahun, anda akan dapat gambaran jelas kitaran pasaran dari menurun hingga meningkat.

Untuk mengambil kesempatan dari kitaran tersebut anda haruslah mempunyai pandangan jangka masa panjang. Satu perkara yang harus diingati ialah walaupun terdapat masa yang ideal untuk membeli hartanah dalam semua kitaran, pelabur yang bijak boleh mengaut keuntungan pada mana-mana fasa sekalipun dengan membiasakan diri pada setiap fasa dan mengenalpasti karekter dan strategi terbaik pada setiap fasa. Pelabur jenis ini juga mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti bila fasa seterusnya akan bermula.

Sebagai contoh, semasa pasaran mengecut, pelabur yang bijak akan hanya mencari hartanah yang mempunyai diskaun yang tinggi untuk memastikan adanya aliran tunai yang besar. Semasa kegawatan ekonomi adalah sangat penting untuk anda membeli hartanah yang di bawah harga pasaran. Pelabur yang bijak akan mengetahui bahawa pembelian hartanah pada peringkat kitaran ini hanya akan berlaku jika anda merancang untuk menyimpan hartanah itu untuk jangka masa yang panjang. Bila pasaran mula pulih, anda haruslah melabur duit anda untuk hartanah yang harganya jatuh paling rendah, kerana hartanah seperti inilah yang paling cepat kembali kepada nilai asalnya. Sebaik pasaran mengembang anda haruslah menyedari bahawa anda tidak akan berpeluang untuk urusan jual beli di bawah harga pasaran. Jika anda mahu melabur wang anda dalam kawasan yang mempunyai permintaan tinggi, pastikan anda akan mendapat aliran tunai yang baik.

Ini adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pelabur bijak pada mana-mana peringkat kitaran pasaran. Membuat penyelidikan sendiri dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang mungkin berlaku akan memastikan kejayaan anda mengaut keuntungan lumayan dalam bidang hartanah. Dalam bidang ini, pengetahuan adalah setimpal dengan pulangan nilai ringgit. Pastikan anda sentiasa setapak di depan daripada orang lain dan bersedia untuk apa sahaja yang datang!

No comments:

Post a Comment