Friday, August 27, 2010

Asas pelaburan dalam hartanah lelong

Melabur dalam lelongan boleh mendatangkan pendapatan mudah. Walaupun banyak risiko tidak terjangka yang boleh dialami oleh pelabur baru namun melabur dalam lelongan adalah peluang terbaik untuk menjana wang dalam ekonomi sekarang. Sepertimana semua usaha niaga perniagaan yang lain, pelaburan jenis ini mempunyai risiko walaupun ia adalah yang terbaik dan lumayan. Mencari hartanah yang dilelong dalam keadaan pasaran perumahan sekarang bukanlah perkara yang sukar.

Melabur dalam lelongan dipercayai oleh pelabur-pelabur sebagai cara paling pantas untuk pemain pasaran mendapatkan keuntungan. Ia hanya memerlukan modal yang kecil tetapi boleh menjana harta dengan cepat. Pelaburan lelongan juga adalah peluang terbaik untuk membeli hartanah dengan harga di bawah pasaran atau bergantung keadaan pasaran. Biasanya ia lebih murah dari harga biasa pasaran.

Pelaburan jenis ini adalah cara terbaik untuk menemui urus niaga yang bagus dalam pasaran hartanah. Ini boleh direalisasikan bila anda mempunyai sistem yang betul, senarai hartanah dan simpanan wang untuk pembelian hartanah anda. Melabur dalam lelongan bagaimanapun bukanlah sentiasa menguntungkan tetapi hasilnya selalu berbaloi dengan usaha. Bila anda melabur dalam hartanah, perbaiki hartanah anda untuk memudahkan ia dijual kembali dan meningkatkan peratus keuntungan anda.

Pelaburan hartanah sudah berada di tahap baru di mana banyak peluang pelaburan yang muncul dari pelbagai tempat. Maka, adalah penting untuk anda mempunyai pengetahuan yang betul bila peluang ini muncul di depan anda supaya anda boleh mengambil peluang itu.

Pasaran hartanah telah menerima kesan yang teruk kerana kegawatan ekonomi sekarang. Ini menyebabkan harga pasaran hartanah komersil dan perumahan turun mendadak. Banyak juga hartanah yang dirampas oleh pihak bank kerana pemilik tidak mampu membayar ansuran bulanan. Kebanyakan hartanah yang dirampas memerlukan banyak pembaikian kerana biasanya pemilik rumah jenis ini tidak mengambil tahu hal ehwal rumah apatah lagi pembayaran bulanan. Pelaburan hartanah jenis ini akan dan seharusnya memberi keuntungan untuk anda bagi tahun-tahun yang mendatang.

Di pasaran sekarang ada banyak hartanah lelong pihak bank tetapi anda harus menyedari risiko yang ada sebelum mendapatkan pinjaman kewangan untuk membelinya. Membeli dari lelongan adalah satu proses yang mudah dan tidak berisiko hanya sekiranya anda memahami bagaimana untuk melakukannya. Pihak Bank tidak berminat untuk memegang hartanah terlalu lama kerana perniagaan mereka bukan untuk memiliki hartanah.

Rumah lelongan adalah pilihan pelaburan yang menarik tetapi anda harus ketahui perkara seperti penyitaan dan hutang yang masih ada dengan hartanah tersebut. Lelongan adalah tempat sasaran untuk pelabur di mana penjual mahu menjual dengan cepat dan tidak mempunyai banyak pilihan. Penjual yang tidak bermotivasi untuk bercakap dengan anda dalam telefon adalah petanda awal bahawa urusniaga hartanah ini tidak akan menjadi satu urusniaga yang baik kerana penjual tidak berminat untuk menawar harga. Jual beli lelongan adalah sesuatu yang memenatkan minda. Pemilik hartanah terdedah kepada pelbagai tekanan keputusan segera. Hasilnya, banyak negara yang mengenakan tindakan undang-undang untuk melindungi penjual hartanah di lelongan daripada kehilangan hartanah kepada mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan.

Perkara paling penting untuk diingat ialah, lebih ramai jutawan yang boleh dicipta melalui hartanah daripada pelaburan lain. Maka, jangan takut untuk melibatkan diri. Belajar apa yang perlu, cari urusniaga terbaik dan ikuti sistem yang telah terbukti. Jadilah jutawan itu!

No comments:

Post a Comment