Tuesday, November 16, 2010

Teknologi Pemetaan Masa Hadapan

Masih ramai peserta industri hartanah di Malaysia tidak menggunakan internet sebagai satu alat hebahan.
Pernahkah anda menghadapi maslah untuk mencari rumah atau lokasi tapak projek? dengan teknologi dari google ini mungkin adalah satu jalan penyelesaian kepada anda.
Sebuah teknologi dari google yang diberi nama “google maps – direction” yang mugkin dapat di manfaatkan oleh peserta hartanah kita suatu hari nanti. Teknolog gps ini telah di manfaatkan kebanyakkan rakan seindustri dari amerika kerana kebanyakkan jalan-raya di sana telah direkodkan dengan satelite dan gambar lokasi.
Aplikasi map ini boleh digunakan untuk tujuan “virtual tour” kepada pengguna internet. Saya sendiri mengunakan perkataan “virtual tour” didalam setiap email yang dihantar kepada prospek. Tidak kira lah prospek itu dari iproperty atau yang diperolehi apabila bersemuka mesti wajib saya selitkan, tetapi link yang saya hantarkan buat masa ini hanyalah beberapa gambar mengenai hartanah tersebut. Teknologi ini bukan saja dapat menyelesaikan masalah lokasi malah jika dapat diadaptasi oleh agensi atau pemaju memungkin satu kaedah pemasaran terbaik yang saya sendiri pun mengagumi akan idea tersebut.
Gabungan teknologi dan sedikit kretiviti ini akan memudahkan pembeli atau bakal pembeli yang mahu mengetahui keadaan dan aktiviti lokasi pembinaan. Kebanyakkan lokasi pembinaan hari ini ditutup oleh zink-zink yang membuatkan ramai pembeli masih ragu-ragu keatas projek pemaju.

No comments:

Post a Comment