Sunday, November 28, 2010

Alternatif Bayaran Pendahuluan Hartanah

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh para pembeli hartanah ialah menyediakan wang muka (downpayment) kepada pemaju atau penjual rumah. Hal ini kerana jumlah wang yang perlu dikeluarkan adalah amat besar iaitu 10% dari harga rumah yang ingin dibeli dan baki 90% lagi biasanya dilangsaikan melalui pinjaman bank atau institusi kewanganan yang diktiraf.Sebagai contoh, bakal pembeli perlu menyediakan RM 20,000 untuk membeli rumah yang berharga RM 200 000.

Bayaran pendahuluan yang mahal ini sebenarnya akan mematahkan keinginan dan semangat bakal pembeli untuk memiliki rumah dan akhirnya mereka memilih jalan untuk menyimpan ‘modal’ terlebih dahulu. Selain itu, polisi baru daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekang spekulasi hartanah juga menyebabkan pinjaman perumahan dihadkan kepada 70% sahaja bagi pinjaman perumahan ketiga. Jadi, pelabur hartanah perlu menyediakan 30% bayaran pendahuluan untuk meningkatkan lagi bilangan aset hartanah.
Sebenarnya, ada banyak alternatif lain yang boleh dipilih untuk membantu anda dalam memiliki rumah idaman masing-masing.

Duit Simpanan Sendiri
Ya. Inilah jalan terbaik dan menjadi pilihan kebanyakan orang yang berkemampuan semasa membayar 10% duit muka. Jika kita berkemampuan, alternatif ini wajar dipilih. Bagaimanakah pula bagi eksekutif-eksekutif muda atau mereka yang belum mampu membina modal dengan secukupnya?
Sebagai contoh, jika setiap bulan kita hanya mampu menyimpan RM 500, wang sebanyak RM 30,000 hanya dapat dikumpul selepas 5 tahun kemudian. Pada masa itu, rumah idaman kita mungkin sudah habis dijual dan harganya meningkat naik di luar kemampuan kita.

Pinjaman Dari Ahli Keluarga
Pinjaman dari ahli keluarga terdekat seperti ibubapa dan adik-beradik juga boleh menjadi sumber untuk mendapatkan wang pendahuluan. Ada kebaikan dan keburukannya jika pinjaman dibuat dari keluarga sendiri. Antara kelebihannya ialah tiada kadar faedah ditetapkan, boleh dirunding untuk tempoh pembayaran dan proses untuk mendapatkan pinjaman ini tidaklah mengambil masa yang lama seperti pinjaman bank.
Tetapi perlu diingatkan bahawa pinjaman dari ahli keluarga mungkin akan menimbulkan masalah pada masa hadapan jika berlaku perselisihan faham atau situasi tegang di kalangan ahli keluarga. Secara tidak langsung, hubungan kekeluargan menjadi regang disebabkan pinjaman ini.

Pengeluaran dari KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan kemudahan kepada semua pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada Akaun 2 bagi membuat pembayaran muka semasa membeli rumah. Tetapi, pengeluaran wang pendahuluan ini tertakluk kepada jadual di bawah.

Sumber: www.kwsp.gov.my
Sumber: www.kwsp.gov.my
Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web rasmi  KWSP seperti tertera di bawah:
http://www.kwsp.gov.my
Ketahui beberapa cara alternatif mencari pendahuluan rumah pada sambungan artikel akan datang. Bagaimana anda boleh memanafaatkan persekitaran dan polisi hari ini sebagai batu loncatan untuk memantapkan lagi kerjaya sebagai pelabur hartanah.Selamat maju jaya

No comments:

Post a Comment