Monday, November 22, 2010

BELI HARTANAH CARA LELONG LEBIH MURAH DARI HARGA PASARAN :


Panduan Beli Hartanah lelong :

- Peluang mendapatkan hartanah lelong tidak harus dilepaskan krn biasanya berharga lebih murah berbanding pasaran dan adakalanya kita mampu berjimat sehingga 40%.
- Jika lokasi menarik,hartanah lelong berdaya maju sebagai pilihan pelaburan krn harga harga hartanah baru yg sedang atau bakal dibina semakin meningkat.
‎- Antara kelebihan membeli hartanah yg dilelong ialah kita boleh meninjau terlebih dulu hartanah itu melihat sebarang kerosakan atau merancang ubah suai jika perlu serta mendapatkan nasihat guaman.
- Kebanyakan hartanah yg dilelong terletak dlm kawasan utama pelaburan.Malah,sebahagian kwsn berkenaan juga sudah dibangunkan sepenuhnya dan pihak bank turut menyediakan pakej pinjaman khas.
‎- Malah kita hanya perlu membayar deposit diantara 5% - 10% daripada harga hartanah
( auction price ) untuk dilelong itu,justeru memberi peluang kpd golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki hartanah sendiri.
- Hartanah lelong sesuai utk mereka yg berminat membuat pelaburan dlm bidang hartanah krn dapat menyelamatkan anda sebagai pembeli daripada masalah hartanah ( rumah ) tidak siap atau pemaju lari.
- Bagi mereka yg ingin membeli hartanah kedua,hartanah lelong adalah yg paling sesuai krn ia dijual pada harga berpatutan.
- Antara tips berguna mengenai cara beli hartanah lelong ialah sebelum membeli hartanah itu,pastikan anda membuat carian hak milik secara rasmi di Pejabat Tanah dan kemudian lawati hartanah itu serta pergi ke pejabat pemaju/perunding utk mendaptkan maklumat selanjutnya.
‎- Jika boleh,berhubung dgn pelelong utk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat selanjutnya dripada peguam bank utk maklumat lebih lengkap.Kita juga boleh boleh mengambil gambar dan datang ke tempat lelong pada masa ditetapkan ( lelongan awam )
- Pada hari lelongan,pembida diwajidkan membawa bersama bersama antara 5% - 10% dari harga rizab harta berkenaan ( bergantung kpd pelelong ),sama ada dlm bentuk bank draf atau tunai dan biasanya cek tidak diterima.Mereka juga perlu membawa kad pengenalan asal dan dua salinan.
‎- Jika menjadi wakil sebagai pembida,kita perlu membawa kedua-dua kad pengenalan dan surat kuasa yg membenarkan kita menjadi wakil mendapatkan lelongan,namun mereka hanya boleh menyertai lelongan utk hartanah yg berstatus Bumiputera.


SECARA ASASNYA,UNTUK MEMBELI HARTANAH/RUMAH DI LELONGAN AWAM,ANDA PERLULAH :

1.         Menyediakan deposit iaitu bersamaan 5% atau 10% drpada harga rezab.Anda perlu memastikan jumlah itu dlm terma Pengisytiharan Jualan dlm iklan lelongan sama ada diakhbar ataupun melalui pelelong.Sebaliknya hubungi pelelong utk maklumat lanjut.
2.         Membuat bayaran deposit.Kebiasaanya 2 jenis bayaran diterima utk deposit adalah melalui 'Bankers Chequ ' dan 'Cashiers Order'. Walaubagaimanapun,sesetengah bank atau pelelong menerima pembayaran dlm bentuk kad kredit atau tunai.
3.         Mendaftar diri sebagai pembida.Anda boleh hadir pada waktu lelongan seawal satu atau dua jam awal utk pendaftran.Pastikan membawa bersama deposit utk pendaftran dan mendapatkan resit bayaran/borang pendaftaran pembida dripada pelelong.Sila pastikan juga nombor lelongan hartanah sama dgn hartanah yg ingin dibida dan cuba elakkan drpda memaklumkan kpd org tidak dikenali mengenai hartanah yg ingin dibida dan harga tertinggi yg sanggup anda bida.Ini bagi mengelakkan maklumat anda diketahui pihak lain di lelongan berkenaan.
4.         Menggunakan ejen sebagai wakil anda.Selain menghadiri sendiri lelongan itu,anda boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yg boleh bertindak sebagai wakil anda utk membuat bidaan.Pastikan ejen itu adalah wakil syarikat ejen hartanah yang sah.Anda boleh menghubungi pelelong utk mendapatkan kepastian megenai ejen itu.
5.         Membuat bidaan.Selepas lelongan bermula,anda diberi pad bidaan atau nombor pengenalan bidaan utk membuat bidaan apabila giliran hartanah yg ingin dibida tiba.Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas megenai hartanah itu sebelum bidaan dimulakan pada harga rezab.Mereka akan mengumumkan jumlah kenaikan setiap bidaan jika terdapat lebih dari satu pembida,contohnya kenaikan RM1000 pada setiap bidaan.Anda hanya perlu menunjukkan nombor bidaan anda apabila ingin membuat bidaan.Lelongan akan berhenti apabila tiada lagi persaingan utk bidaan.
6.         Pengumumam pembida berjaya.Selepas tiada lagi pembida yg membuat tawaran lebih tinggi,pelelong akan mengira sehingga 3 kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup serta mengumumkan pembida yg berjaya.Pembida yg berjaya kemudian dikehendaki menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kpd pelelong.
7.         Mendapatkan pinjaman.Dalam tempoh 90 hari ( 3 bulan ),pembeli dikehendaki menjelaskan baki harga jualan sama ada dgn mendapatkan pinjaman ataupun membayar tunai.Jika tidak dilaksanakan,pembeli berisiko berdepan kehilangan wang deposit kecuali jika kelewatan yg bukan disebabkan pembeli.
8.         Langkah diatas adalah sebagai panduan asas utk membuat bidan di lelongan awam.Ia sebenarnya tidak susah utk dilakukan tetapi bagi mereka yg baru mula mencuba utk
membida,berhati-hati dan sebaliknya mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bidaan.Paling penting,kita perlu mendapatkan terlebih dulu pandangan profesional.Selamat mencuba.


 

No comments:

Post a Comment