Tuesday, November 16, 2010

Bank Negara Dijangka Naikkan OPR Tahun Depan, Kata MIDF Research

Bank Negara Malaysia dijangka mula menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) tahun depan, kepada jumlah kumulatif antara 50 hingga 75 mata asas, menjadikannya ke paras neutral pada 3.50 peratus, demikian menurut MIDF Research.
“Kami meninjau kenaikan kadar paling banyak pada separuh kedua tahun depan manakala ruang bagi pembuat dasar menaikkannya sebanyak 25 mata asas dan seterusnya kenaikan pada separuh kedua mungkin merupakan strategi alternatif,” kata MIDF dalam nota penyelidikannya Isnin.
Menurut firma itu, ini bergantung kepada inflasi, pertumbuhan kecairan dan keluaran dalam negara kasar.
Minggu lepas, semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya, bank pusat mengumumkan yang ia akan mengekalkan OPR pada 2.75 peratus.
Sementara itu, menurut Kenanga Research dengan keadaan semasa ekonomi, di dalam negara dan dunia, ia tidak menjangka Bank Negara akan membuat sebarang perubahan dalam OPR sehingga akhir tahun.
“Dengan demikian, mereka akan meninjau pasaran, terutama rakan dagang terdekat Malaysia iaitu Amerika Syarikat, Eropah dan China.
“Oleh itu, kami menjangka Bank Negara akan kembali kepada kadar mengetatkan apabila pertumbuhan dunia stabil dan petunjuk pengukuhan permintaan domestik seterusnya mulai pada separuh kedua tahun depan,” katanya.
Kenanga mengulangi yang ia menjangka kenaikan kadar sebanyak 25 hingga 50 mata asas pada akhir tahun depan.
– BERNAMA

No comments:

Post a Comment