Friday, October 15, 2010

Rancang Memperketatkan Peraturan Kad Kredit dan Hartanah Dalam Bajet 2011

Dalam bajet 2011 yang bakal dibentangkan beberapa hari lagi Kerajaan dijangka mengguna pakai undang-undang yang lebih ketat bagi pengunaan kad kredit dan mengekang aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah tempatan.

Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi tumpuan dalam menangani hutang isi rumah pada 2011 bagi menggalakkan perbelanjaan kad kredit secara berhemat. Kata wakil dari Kenanga Research yang dipetik dari Bernama.

Dalam “Senarai Kehendak” 2011, Kenanga berkata bank pusat wajar menimbang mengenakan had pinjaman yang lebih ketat bagi sektor hartanah untuk mengelakkan terlebih sandaran dalam segmen isi rumah serta spekulasi. Firma tersebut berkata pinjaman bank perlu diturunkan antara 70 dan 80 peratus daripada nisbah nilai gadai janji ketiga, katanya.

Jika peraturan pinjaman diperketatkan pada 2011, ia tidak akan memberi kesan terhadap pertumbuhan pinjaman tahun ini yang mana unjuran pinjaman untuk hartanah kekal kukuh sehingga akhir tahun.

Namun jika dilihat pada pasaran pinjaman perniagaan dalam tempoh enam bulan yang akan datang, berkemungkinan besar rekod pinjaman akan mencatatkan angka negatif berikutan krisis ekonomi golbal yang berlarutan dan Malaysia sendiri tidak imun daripada pertumbuhan sedarhana ekonomi global.

Bagi kad kredit, Kenanga berkata langkah baharu sewajarnya mengehadkan bilangan kad yang boleh dimiliki selain nilai kredit setiap kad perlu lebih rendah.

Bank Negara perlu mengehadkan pengguna untuk memiliki hanya dua kad kredit daripada dua bank pilihan masing-masing dan membenarkan pengguna yang pendapatan tahunan melebihi RM24,000 memiliki kad kredit berbanding keperluan minimum sekarang sebanyak RM18,000.

Kenanga Research juga mencadangkan Bank Negara Malaysia perlu mengurangkan had belanja pengguna kad kredit sebanyak 1.5 kali dari gaji bulanan peminjam (sekarang 2.5-3.0 kali gaji), mengikut budi bicara bank bagi permohonan pertama.

Mereka juga berpendapat peraturan kad kredit yang lebih ketat adalah satu langkah yang bijak bagi mengelkang risiko peningkatan pinjaman tidak berbayar isi rumah. Selain itu tindakan ini juga dapat mengelakkan budaya boros berbelanja pada pengguna kad kredit sejak kebelakanggan ini.

No comments:

Post a Comment