Friday, October 15, 2010

10 SEBAB UTAMA Mengapa Ramai Orang Membayar Kos-kos Yang Tidak Sepatutnya Apabila Membeli Rumah. Elakkan Diri Anda Dari Mejadi Salah Seorang Dari Mereka!

10 sebab-sebab utama tersebut adalah:-

1.Tidak mengetahui cara yang mudah dan pantas dalam mendapatkan senarai 'Rumah Untuk Dijual'
2.Tidak menggunakan khidmat Ejen Hartanah sepenuhnya - ianya adalah PERCUMA kepada pembeli
3.Terlalu membuang masa meronda-ronda mencari rumah untuk dijual - kos masa dan minyak (wang) yang banyak kepada anda
4.Tidak mengetahui dokumen yang seharusnya disediakan terlebih dahulu
5.Tidak menggunakan khidmat Penilai Hartanah untuk mengetahui Harga Semasa serta fi penilaian hartanah dan cara menjimatkannya
6.Tidak mengetahui cara pengeluaran Simpanan KWSP - terpaksa berulang-alik
7.Tidak mengetahui kos-kos biasa yang dikenakan dalam penyediaan Dokumen Perjanjian Jualbeli - kos guaman yang sepatutnya
8.Tidak tahu membuat pemilihan pakej pinjaman yang sesuai
9.Tidak mengetahui kos-kos serta fi yang boleh dielakkan atau dikurangkan dalam pembelian rumah
10.Tidak membuat persediaan awal (emosi/fizikal) semasa lawatperiksa/pra-lihat rumah

serta kebanyakannya tidak mengetahui dengan jelas prosedur sebenar pembelian rumah.

No comments:

Post a Comment