Friday, October 15, 2010

CIMB Islamic Lancar Produk Baharu Biayai Hartanah Siap

CIMB Islamic Bank Bhd melancarkan produk pembiayaan hartanah Islam “Ijarah Property Financing-i” untuk membiayai rumah atau premis perniagaan yang telah siap.

Di bawah skim pembiayaan baharu itu, bank tersebut akan terlebih dahulu memajak hartanah kepada pelanggan yang akan mendapat pemilikan aset itu sebaik sahaja pembiayaan selesai.

Bank tersebut, dalam satu kenyataan Isnin berkata, Ijarah Property Financing-i itu juga boleh digunakan bagi keperluan pembiayaan semula dan sebagai pilihan tambahan bagi pelanggan CIMB Islamic daripada produk Bai Bithaman Ajil Property Financing-i sedia ada.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment