Saturday, May 1, 2010

PANDUAN PEMBELI RUMAH

PASTIKAN :

* Pemaju perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
* Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
* Status tanah sama ada hak milik kekal,pajakan atau rizab melayu
* Spesifikasi bahan binaan rumah
* Luas bangunan
* Kemudahan/perkhidmatan disediakan atau berdekatan
* Tarikh projek perumahan dijangka siap
* Harga rumah setiap jenis
* Bayaran perkhidmatan selepas rumah siap ( jika ada )


ANTARA HAK DAN KEPENTINGAN PEMBELI DALAM PERJANJIAN JUAL DAN BELI RUMAH ( S&P )

- Bayaran pertama,pembeli perlu menandatangani S&P pada bayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju.Pastikan tarikh bayaran pertama dan S&P adalah sama tarikhnya. Untuk makluman,pamaju tidak boleh mengutip sebarang bayarn tanpa S&P


PERAKUAN ARKITEK


- Pastikan sebarang tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong perakuan ditandatangani arkitek atau jurutera pemaju bertauliah


TEMPOH PEMILIKAN KOSONG


- Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian
( bagi tanah dan bangunan ) dan 36 bulan ( bagi bangunan yang dipecahbahagi )

No comments:

Post a Comment