KUALA LUMPUR 16 Dis. – Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.
Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.
Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.
Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.
Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.
“Antaranya had bilangan aset, hanya boleh membeli aset yang sedang atau belum dibina dan pelbagai lagi bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.
Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Mani Usilappan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif PEPS dan Presiden PEPS, Choy Yue Kwong.
Ooi berkata, faktor persaingan ini menyebabkan nilai hartanah di kawasan bandar melonjak tinggi dan langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana serta ke bawah.
“Kita tidak mampu menandingi kuasa beli pelabur asing dan akhirnya hanya mampu melihat aset strategik dimiliki orang luar. Sesuatu perlu diambil untuk menilai semula masalah ini,” kata beliau.
Ooi menambah, pelabur asing yang banyak memiliki aset di Malaysia adalah dari Singapura, Hong Kong, Indonesia, Eropah dan rantau Asia Tengah.
Lokasi yang menarik perhatian mereka adalah Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang atas faktor infrastruktur dan kemudahan yang serba lengkap.
Mani pula menjelaskan, sekiranya keadaan itu berterusan, mungkin akan timbul persoalan sama ada industri hartanah tempatan dibina untuk rakyat atau pelabur asing.
Sementara itu, Yue Kwong berkata, nilai hartanah di Asia termasuk Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun depan berikutan pertumbuhan ekonominya yang positif meskipun berlaku kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Katanya, keadaan ekonomi luar yang tidak menggalakkan akan menyaksikan dana pelaburan khususnya sektor hartanah bakal beralih ke Asia dan Malaysia turut mendapat faedahnya berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada.
Beliau berkata, permintaan tinggi dalam sektor hartanah tempatan akan meningkatkan kadar kecairan pasaran dan nilai hartanah khususnya di Kuala Lumpur.
“Peningkatan nilai hartanah pada tahun depan mungkin tidak setinggi tahun ini yang mencatat peningkatan 30 peratus kerana pertumbuhan ekonomi negara dijangka perlahan,” jelasnya.
Di petik dari Utusan 17.12.2010
Friday, December 17, 2010
Friday, December 10, 2010
8 Skil untuk menjual sebagai seorang profesional – bahagian 1
Definasi menjual ialah secara profesional menolong orang lain untuk membuat keputusan membeli. 8 skil utama yang boleh dikongsi bersama iaitu:-
1) Membina Hubungan
Perlu diingat bahawa prospek/pembeli hanya akan membeli melalui orang yang mereka suka dan percayai. Untuk membina kepercayaan pembeli anda mesti berkomunikasi dengan baik melalui perkataan dan suara yang jelas beserta gerak badan yang menarik perhatian. Prospek perlu diberi penerangan yang jelas melalui gambar-gambar,carta,jadual dan sebagainya. Lebih baik lagi prospek boleh melihat dan mencuba produk tersebut, contohnya seperti membeli kereta, prospek biasanya akan “test drive” supaya dapat mencuba dahulu sebelum membeli.
Antara lain anda juga perlu memahami kehendak dan minat prospek supaya komunikasi lebih lancar. Penjual juga perlu arif tentang produk supaya pembeli mendapat maklumat penuh dan lebih yakin terhadap anda. Disamping itu jangan pula terlalu serius bersama pembeli, mestilah disertakan lawak jenaka dalam komunikasi supaya lebih mesra. Cuba juga bertanyakan soalan-soalan yang mudah mengenai latar belakang prospek.

2) Bertanyakan Prospek
Apabila anda lebih banyak mendengar daripada bercakap produk anda akan terjual dengan sendirinya, menarik kan? Bagaimanakah ianya berlaku? Ianya mudah sekali apabila soalan-soalan yang diajukan kepada prospek kita boleh memahami keperluan dan masalah pembeli seterusnya kita yang akan menyelesaikan masalah tersebut. Soalan-soalan seperti siapa?Bila?Apakah?Dimanakah?Kenapakah?Bagaimanakah? akan membongkar maklumat prospek. Maklumat tersebut boleh digunakan sebagai panduan untuk anda memberi cadangan(proposal) produk anda yang tepat kepada prospek. Tren terkini untuk menjual produk adalah lebih kepada membina hubungan bersama prospek dan follow-up, jualan akan datang secara automatik.
3) Membina “value”/nilai
Apakah kelebihan produk anda berbanding produk-produk yang lain? Contohnya apakah perbezaan air mineral A&B? Kedua-duanya melalui proses yang sama, tetapi apabila A menerangkan kepada prospek proses-proses yang kompleks tersebut, prospek akan lebih yakin terhadap air mineral A berbanding B, sebenarnya prospek anda tidak tahu apakah yang membuatkan produk anda bernilai, anda perlu menerangkannya sebaik mungkin. Sekolahkan prospek anda supaya mendapat maklumat bagaimanakah produk anda dihasilkan. Ceritakan kisah-kisah menarik keajaiban produk anda mengubah hidup seseorang. Antara tip-tip yang berguna ialah jangan bertanya kepada prospek seperti “boleh saya tolong?” kerana jawapan yang anda dapat mungkin “tidak apa” atau “terima kasih”. Tetapi anda boleh kenalkan diri anda, aplikasikan skil 1&2 dan terus menerangkan kepada prospek produk anda
Skil seterusnya,,, akan bersambung pada bahagian 2 dibawah
8 Skil menjual sebagai seorang profesional – bahagian 2
Episod sebelum ini anda telah mengetahui bagaimana untuk membina hubungan dengan prospek,mengenali prospek dan menerangkan nilai-nilai kualiti produk. Langkah seterusnya skil yang perlu diaplikasikan iaitu,
4) Menyemarakan Keinginan
Beberapa perkara anda boleh lakukan untuk menyemarakkan keinginan prospek seperti memberi gambaran yang indah supaya prospek dapat membayangkan kehebatan produk anda. Contohnya agen jualan pakej percutian yang bagus dapat memberi gambaran-gambaran lokasi yang indah seperti pantai yang putih dan bersih, air yang jernih seperti kaca, dasar laut yang boleh dilihat daripada permukaan air dan ikan baracuda(sejenis ikan di laut dalam) bermain di gigian jeti. Prospek anda akan teruja dengan gambaran tersebut. Jangan terkejut prospek yang teruja akan membuat keputusan mendapatkan produk anda dengan serta merta.
Selain itu data-data, statistik yang menarik daripada majalah, surat khabar, internet juga boleh digunakan. Dalam persembahan anda gunakan perkataan-perkataan seperti ‘MENAKJUBKAN’, ‘DIJAMIN’, ‘SUPERB’, ‘HOT’, ‘POPULAR’,'MENARIK’ dan sebagainya boleh meningkatkan keinginan prospek. Tetapi perlu diingat intonasi suara perlu bersemangat ketika anda menyebut perkataan ini, jika tidak mesej tidak akan sampai kepada prospek anda.Dapatkan testimoni daripada pembeli terdahulu untuk dijadikan rujukan kepada prospek anda supaya lebih yakin kepada tahap profesional anda.
5) Mengendalikan Komen/Alasan/Bantahan
Alasan tipikal prospek akan berikan hanyalah empat perkara iaitu tidak ada duit, tidak ada masa, tidak memerlukan dan tidak ada keinginan/berminat. Disebabkan perkara-perkara di atas kita perlu mengasingkan sebab-sebab yang menyebabkan prospek tidak membeli produk anda.Anda perlu bertanyakan prospek,,
‘Selain dari sebab yang En_____ nyatakan adakah sebab-sebab lain?’
‘Jika sebab/masalah dapat diselesaikan adakah En____ akan teruskan untuk membeli?’
Jika jawapannya TIDAK,,
‘Mesti ada sebab-sebab lain,bolehkah saya tahu apakah masalah tersebut?’
Jika jawapanya YA,,
‘Mari kita luangkan masa untuk mencari jalan menyelesaikan sebab tersebut’
Sebaiknya anda memahami,merasai dan menemui sebab-sebab/ masalah prospek supaya dapat memberikan jalan penyelesaian.
Tanyakan prospek ‘Adakah berbaloi jika En(prospek) tidak membeli produk ini dan apakah kerugian-kerugian jika En(prospek) tidak memiliki produk ini?’ Akhir sekali jangan menganggap bantahan/alasan/komen sebagai unsur yang negatif. Sebenarnya itu adalah respon kepada perkara yang diambil berat oleh pembeli.

6) Mengambil/meminta Bayaran
Sangat merugikan jika anda telah mengaplikasikan skil-skil 1-5 tetapi jika anda lemah dalam skil untuk meminta bayaran semuanya menjadi sia-sia. Jangan sekali-kali sarankan kepada prospek untuk balik berfikir. Anda perlu sematkan dalam diri anda bahawa anda 100% bertanggungjawab terhadap pertolongan yang anda berikan kepada prospek untuk membuat keputusan membeli. Jangan hanya mengagak keputusan prospek, kitalah yang memberi cadangan atas keputusan mereka.
Tanyakan prospek,,
‘Siapakah selain anda yang terlibat untuk membuat keputusan ini?’
Jika orang yang terlibat tidak ada pada masa itu cuba sebaik mungkin dapatkan bayaran sebagai tempahan dengan jaminan bayaran dikembalikan jika tidak mendapat persetujuan bersama. Pada masa ini anda boleh bertanya soalan-soalan yang lebih mendalam/detail seperti tempoh bayaran ansuran bulanan, nilai interes dan lain-lain.

Selamat mencuba skil-skil ini dan praktikan setiap hari. Pada mulanya mungkin anda akan merasa kekok dan janggal. Tetapi lama-kelamaan anda akan mahir dan skil anda terus akan meningkat dari hari ke hari. Episod terakhir akan menyusul untuk 2 lagi skil utama menjual sebagai seorang profesional…
8 SKIL MENJUAL SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL – bahagian akhir
Andakah anda telah aplikasikan skil 1 – 7? Bagaimanakah keputusannya? Masih belum mahir? Tidak apa, kita belajar daripada kesilapan dan pengalaman. Skil yang berikutnya :
7) Follow Up
Pernahkah anda terfikir dan tertanya-tanya kenapakah prospek tidak membuat keputusan untuk membeli? Sebab utama ataupun sebab no 1 yang belaku di seluruh dunia ialah tiada ‘langkah-langkah yang seterusnya’ daripada anda sendiri. Follow up yang paling berkesan hanya memerlukan sistem follow up yang mudah dan ringkas. Sistem yang disarankan dinamakan sebagai “Sistem Pengurusan Prospek”. Dalam sistem ini anda boleh membuat jadual yang dibahagikan kepada 6 kategori:-
i) 0% = setiap orang yang memenuhi kriteria anda dinamakan prospek
ii) T1 = temujanji anda bersama prospek, untuk membuat temujanji mesti disetkan masa dan tarikh
iii) 25% = apabila anda bersemuka dengan prospek
iv) 50% = apabila prospek anda membayar wang untuk tempahan
v) 90% = apabila pelanggan anda menandatangani perjanjian jual-beli yang berkaitan
vi) 100% = apabila pelanggan membayar penuh untuk produk anda

Di antara ketegori i – vi anda perlu aplikasikan ‘langkah-langkah yang seterusnya’ seperti membuat temujanji ke-2, mengambil/menghantar gambar, menghubungi prospek dan sebagainya. Setiap langkah menjadi mudah apabila kita mempunyai sistem yang sistematik.
8 ) Analisis Diri
Setiap skil yang anda praktiskan mestilah dipantau oleh anda sendiri secara praktikal. Digalakkan kepada anda untuk membuat file untuk skil 1 – 7. Setiap skil tersebut anda harus tahu dimanakah kelemahan anda dan tingkatkan skil tersebut.Untuk membina karier anda sehingga menjadi no 1, anda mesti melakukan/memberi lebih daripada yang dijangkakan. Apabila anda gagal jangan memberi alasan, menyalahkan keadaan/orang lain, menafikan kegagalan tersebut, sebaliknya anda perlu bangun dan mencari idea serta jalan penyelesaian untuk berjaya.
2 kualiti yang anda perlukan untuk menjadi ‘SUPERB’ berjaya adalah yang pertama, mempunyai matlamat yang jelas dan plan untuk mencapai matlamat tersebut. Anda perlu menulis matlamat tersebut kerana matlamat yang ditulis mempunyai 98% peluang untuk berjaya.
Yang ke-2 anda perlu berkebolehan untuk menggunakan setiap aset yang anda miliki untuk mencapai matlamat anda. Aset tersebut dibahagikan kepada aset yang nyata dan tidak nyata. Aset yang nyata seperti keluarga,kawan-kawan,produk,senarai pelanggan yang berpotensi dan sebagainya. Aset yang tidak nyata seperti pengalaman,pengetahuan,kesabaran,kesungguhan dan sebagainya. Senaraikan 7 aset utama yang anda miliki dan gunakan aset-aset tersebut sebaik mungkin sebagai pemangkin untuk kejayaan anda.

Selain dari skil-skil yang disenaraikan, perkara-perkara lain yang tidak kurang penting ialah:
- ketetapan masa
- bersih dan pakaian kemas
- tingkatkan /kemaskan sales kit
- dapatkan potensi prospek dari pelanggan
- buatkan diari untuk aktiviti seharian
- konsisten
- bersih dan pakaian kemas
- tingkatkan /kemaskan sales kit
- dapatkan potensi prospek dari pelanggan
- buatkan diari untuk aktiviti seharian
- konsisten
Jadikan setiap perkara yang positif sebagai amalan harian anda, walaupun perkara yang ringkas dan mudah jadikan almalan seharian secara konsisten anda boleh mencapai kejayaan yang mutak. Selamat berjaya kepada semua.
10 Kesilapan yang perlu dielakkan pada tahun ini - bahagian pertama
Pada sesetengah individu, tahun baru adalah tanda untuk memiliki rumah atau menjual rumah. Jika anda bercadang untuk berada di mana – mana arah (menjual atau membeli) dibawah adalah 10 perkara yang anda perlu tahu dan elak mengikut perkiraan penulis.
1. Tidak mengetahui tempoh sebenar proses pemilikan dan penjualan
Penjual dan pembeli sering kali menganggap proses belian dan jualan adalah satu perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Pelbagai sebab musabab yang akan mengganggu dan bakal timbul semasa didalam proses tersebut. Sebagai contoh; penjual akan menangguh atau tidak menerima tawaran harga dari pembeli, pembeli pula tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan deposit 10 %, permohonan pinjaman yang tergantung tanpa status dan macam – macam lagi masalah yang anda bakal tempuhi.

Kebiasaanya sesuatu hartanah akan dijual didalam tempoh dua hingga tiga bulan. Jadi sebaik-baiknya anda bersabar dan berusaha untuk melicinkan transaksi jika diminta untuk melakukan tindakan yang diperlukan. Selain itu tempoh proses seperti perjanjian dan penyerahan mungkin memakan masa dua atau tiga bulan lagi bergantung pada status hartanah tertentu. Segalanya bergantung pada dokumentasi lengkap penjual dan pembeli.
2. Terlalu banyak maklumat dan permintaan
Sebelum membuat sebarang keputusan adalah baik jika anda membuat beberapa kajian tentang hartanah dan kawasan kediaman sasaran. Tetapi jika terlalu banyak info pula akan membinasakan diri kerana apa yang anda cari mungkin tiada dimana-mana, yang pasti… tiada rumah yang dibina oleh manusia itu berkeadaan sempurna. Mengetahui apa yang perlu dan apa yang diperlukan ialah satu kaedah terbaik didalam pemilihan harta.

Permintaan yang bukan – bukan seperti perlantikan peguam (isu remeh), pemilihan bank tertentu (sahaja), dan mahukan pembaikan sebelum membeli adalah satu perkara yang tidak munasabah dan terlalu diperbesarkan. Anda sebagai pembeli harus mempunyai toleransi yang tinggi kerana jika permintaan anda terlalu menekan penjual sudah pasti penjual tersebut akan berpatah hati dan menjual hartanah tersebut kepada pembeli yang lain. Andai kata hartanah itu didalam harga yang rendah dan kondisi yang ideal ianya seperti peluang sekali sepanjang hayat. Jadi bertoleransi asalkan anda memiliki rumah ideal ini.
3. Penilaian dan nilai hartanah adalah sama
Jika anda ingin menjual hartanah, sebaik – baiknya anda membuat semakan bersama agensi penilai harta. Penilai hartanah yang berbeza akan memberikan sebut nilai harta yang berbeza-beza. Berbincang dengan ejen hartanah anda kerana kebiasaannya ejen hartanah mempunyai analisis pasaran perbandingan hartanah pada kawasan yang diminta. Selain itu beliau juga mempunyai jaringan penilai harta yang diyakini oleh panel bank tertentu.

Begitu juga jika anda adalah seorang pembeli. Berbincanglah dengan ejen hartanah bagaimana anda boleh mendapatkan pinjaman dari bank- bank tertentu dengan nilai yang dipersetujui.
4. Tidak mendapatkan pra-kelulusan dari bank
Perkara ini adalah satu langkah yang penting. Mengelak dari mendapatkan pra-kelulusan dari bank satu tindakan yang amat – amat berisiko. Membuat pra-permohonan dengan pihak bank membolehkan anda mengetahui berapakah nilai kelayakkan pinjaman yang bakal diberikan.

Ianya juga satu cara untuk memperbetulkan mana – mana rekod kredit yang dirasakan perlu agar permohonan anda dipermudahkan. Ia juga menandakan anda adalah seorang pembeli yang benar – benar serius. Jika anda berminat dengan mana – mana hartanah minta bantuan ejen hartanah untuk memperkenalkan panel bank bagi membantu anda didalam proses pinjaman.
5. Cuba untuk menunggu masa kejatuhan
Cuba menunggu harga hartanah untuk jatuh adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Di kebanyakkan tempat didalam negara, faktor kejatuhan harga tidak berlaku. Realitinya harga hartanah malaysia tidak akan “jatuh mendadak”; cuma nilainya akan susut sedikit dan rata pada tempoh tertentu sehingga tumbuh pembangunan sokongan bakal meningkatkan kembali nilainya.

Lima perkara diatas boleh dijadikan satu resolusi 2010 pada mereka yang bercadang untuk memiliki hartanah dan menjualnya. Jika anda pernah melakukan kesilapan diatas, jadikan ianya satu panduan dan terus berusaha untuk menjayakannya. “Satu kejayaan itu berkait rapat dengan tindakan. Orang berjaya adalah mereka yang terus melakukan sesuatu. Apabila mereka melakukan sesuatu kesilapan, mereka tidak pula berhenti setakat itu sahaja.” – Conrad Hilton.
Ikuti sambungan bahagian kedua dengan lima tip penting seperti bagaimana ciri – ciri orang yang tidak berdiri pada bumi yang nyata, bagaimana mencari dan memilih ejen hartanah, kenali jangka masa yang tepat dan bagaimana membuat carian kadar jenayah dikawasan anda.
Bersambung pada bahagian kedua. dibawah
10 Kesilapan yang perlu dielakkan pada tahun ini – bahagian akhir
6. Jangan menjadi Mat Jenin moden
Kerap kali saya berjumpa dengan golongan pemilik hartanah yang bercita – cita tinggi untuk menjadi kaya dengan cepat. Membeli hartanah dan menganggap mereka akan kaya apabila mereka menjualnya kelak. Tidak salah bercita – cita tinggi, tetapi ia akan menjadi masalah jika ada individu yang ingin menjual hartanahnya pada harga yang tidak masuk akal. Harus diingati tugas anda sebagai tuan tanah / tuan rumah bukan lah menjualnya pada pembeli dan membuat untung semata – mata.

Meletakkan harga yang praktikal berdasarkan permintaan dan penawaran adalah satu faktor kritikal yang perlu difahami. Jika penawaran harta disatu kawasan itu banyak, sudah tentu hartanah anda tidak dapat dijual dengan harga maksima (kerana banyak persaingan). Selain itu jika permintaan pada kawasan itu rendah, sudah pasti pemilik berhadapan dengan pasaran lemah. Semasa ingin menjual hartanah peribadi cuba anda bayangkan adakah anda sendiri sanggup membeli harta ini dengan harga yang dicadangkan? …
7. Melantik agen hartanah yang salah
Perlantikan agen melicinkan proses jual beli harta. Tidak semestinya melantik agen hartanah dari agensi hartanah popular dan merekrut agen yang terbaik didalam industri menjadi titik tolak kejayaan. Anda harus sentiasa peka dan terbuka didalam pelbagai cadangan agen nanti, malah mungkin ada diantara agen hartanah menawarkan harga jualan tinggi dengan caj perkhidmatan rendah… tetapi, tidak bermakna mereka adalah yang terbaik.

Pemilihan agen yang kretif, pintar, berpengalaman dan dedikasi adalah ciri yang kebiasaanya boleh percayai. Mungkin anda boleh menilai menerusi perbincangan dengan agen itu sebelum melantiknya, lihat dan perhatikan karisma dan tindakan seterus beliau dan jika beliau mencukupi syarat diatas lantiklah segera.
8. Tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu kontrak
Mungkin ada diantara kita yang menganggap kontrak adalah dokumen guaman yang rumit dengan bahasa yang sangat membosankan. Tidak mengambil tahu apa yang anda tanda-tangani adalah satu kesilapan yang besar. Bacalah dengan berhati – hati dan pastikan segala isi berkaitan pembayaran dan komitmen di tafsirkan dengan sebaiknya.

Selain itu pastikan yang agen anda mengambil inisiatif untuk mengambil tempat didalam proses perundingan dan urusan kontrak. Ia bakal membantu dan meringankan bebanan anda untuk mengelak sebarang kesilapan masa hadapan.
9. Jangka masa yang tidak sesuai
Jika anda ingin membeli hartanah sedangkan anda masih tersangkut dengan bebanan pinjaman yang banyak. Sebaik – baiknya anda mendahului perkara yang diperlukan dahulu, Sebagai contoh; jika anda mempunyai sebuah rumah dan anda merancang untuk membeli sebuah lagi hartanah mewah tetapi anda terpaksa menjual dahulu hartanah yang anda tinggal sekarang.

Letakkan perkara yang diperlukan menjadi keutamaan, dan ingat penjualan rumah anda sekarang adalah transaksi yang penting. Jika anda mempunyai pilihan jual dahulu rumah lama anda sebelum membuka lembaran buku hutang yang baru.
10. Tidak membuat kajian kadar jenayah
Setiap agen hartanah tidak akan menceritakan kejadian pecah rumah disebelah kejiranan anda. Beliau juga tidak akan menceritakan keburukan hartanah yang ingin dijualnya. Tetapi anda sebagai pemilik baru mempunyai banyak pilihan dan sumber untuk mendapatkan jawapan kadar jenayah untuk persediaan. Pertama; perhatikan pegawai keselamatan kejiranan, berapa kekerapan rondaan mereka? apakah ciri – ciri keselamatan lain yang terdapat disina? Tanya dan berkenalan dengan pegawai keselamatan jika anda perlu jawapan segera.

Selain itu anda juga boleh membuat pertanyaan pada balai polis berhampiran. Kenalkan diri anda dan mula bertanya mengenai kawasan kejiranan sasaran anda. Pegawai polis yang bertugas pasti amat berbesar hati untuk menceritakan hal – hal sensitif di kejiranan itu. Minta cadangan apakah tahap keselamatan yang anda perlukan, dan dimana anda boleh perolehinya. Mungkin anda boleh berkenalan dengan jiran – jiran dan katakan pada mereka yang anda meminati untuk membeli hartanah disebelah. Bertanyalah tentang hal ini mungkin dengan cara ini akan membantu anda didalam pemilihan harta yang terbaik untuk anda dan keluarga.
Sekian sahaja, Selamat berjaya pelabur semua.
Thursday, December 9, 2010
Pemaju Perlu Lebih Telus Dengan Pembeli Hartanah Mengenai Fi Penyelenggaraan
Pemaju hartanah strata perlu lebih telus mengenai kos penyelenggaan keseluruhan bangunan dengan pembeli hartanah.
Dalam membuat gesaan itu, Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia, Yeow Thit Sang berkata terdapat banyak masalah tidak selesai terutama berhubung kutipan fi penyelenggaran.
Yeow berkata terdapat dua juta unit kediaman strata dan masalah semakin meningkat sedangkan penyelesaiannya agak lambat.
Beliau berkata sebelum pembelian hartanah seperti itu, pembeli mesti dimaklumkan mengenai fi penyelengaraan dan prosesnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Persuruhjaya Bangunan (COB) juga wajar bertindak lebih tegas dan cepat dalam menangani masalah memandangkan mereka mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ek atas pemilik rumah yang ridak membayar fi penyelanggaran.
“COB mesti memberi mesej tegas memandangkan mereka mempunyai kuasa untuk bertindak ke atas pemilik kondominium yang gagal membayar fi penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Pengurusan Hartanah kelima di sini pada Khamis.
Mengenai bidang yang tidak jelas membabitkan hartanah strata seperti fi penyelenggaraan yang membabitkan parkir kereta dalam kompleks bercampur, Yeow bekata perlu ada fromula tepat mengenai cara mengendalikan dan berkongsi fi penyelenggaraan yang mempunyai pemilik berbeza.
“Cadangan kami ialah ia perlu berdasarkan penggunaan,” katanya.
Mengenai seminar hari ini, Yeow berkata antara objektifnya ialah meningkatkan kesedaran mengenai tugas mereka untuk membayar fi penyelenggaraan apabila memiliki hartanah strata.
Ditanya mengenai harga rumah yang semakin meningkat, Yeow mencadangkan pihak berkuasa segera meluluskan projek supaya pemaju hartanah dapat mewujudkan persekitaran kompetitif supaya harga tidak meningkat secara mendadak.
Sementara itu, pada seminar bertema “Pengurusan Hartanah – Bom Jangka” bertujuan mengkaji isu yang dihadapi pemaju hartanah, pengurus hartanah pemilik, penghuni hartanah bangunan tinggi dan strata.
Ia juga bertujuan meneliti dan mengkaji perundangan terkini dan relevan, implikasi percukaian, penguatkuasaan caj perkhidmatan kutipan, draf garis panduan untuk komuniti berpagar dan kawasan kejiranan yang mempunyai pengawal keselamatandan peraturan pengurusan hartanah strata.
Seminar anjuran FIABCI Malaysia dan Persatuan Pengurusan Kompleks Bangunan Tinggi dan Pusat Membeli-Belah Malaysia itu, menarik lebih 300 peserta.
– BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)