Wednesday, March 9, 2011

Najib Lancar Skim Rumah Pertamaku Bantu Golongan Muda Milik Rumah

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri. “Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah,” kata Najib.
– BERNAMA

Pelaburan Hartanah untuk Pendidikan Anak-anak – Bahagian 1

Apabila perkataan ‘pelaburan hartanah’ dibincangkan, kebanyakan orang akan melihat dari sudut pendapatan sewa (rental income) dan juga keuntungan hasil jualan hartanah selepas nilainya meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa memang itu cara yang selalu dipraktiskan oleh orang ramai apabila melabur didalam bidang hartanah.

Tetapi, bagi seseorang yang berpandangan jauh dan mengutamakan nilai-nilai kekeluargaan, pelaburan hartanah sebenarnya mampu memberi manfaat untuk kebaikan anak-anak pada jangka masa panjang. Banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk kemudahan anak-anak kita.

Salah satu cara untuk menampung keperluan anak-anak kita ialah dengan menyewa hartanah tersebut selepas pembelian telah dilaksanakan. Hartanah tersebut tidak kira  sama ada apartment, rumah teres mahupun lot kedai (shoplot), Keuntungan daripada sewa terbabit boleh dijadikan wang untuk perbelanjaan anak-anak.

Perlu diingatkan bahawa kadar sewa bulanan akan naik dalam 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, untung bersih juga akan meningkat bersesuaian dengan keperluan dan kehendak anak-anak yang semakin meningkat.
Apabila anak kita ingin melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah,wang yang banyak diperlukan untuk menanggung perbelanjaan ini. Jika anak kita mendapat tajaan atau pinjaman kerajaan, beban kita dapat dikurangkan.

Tetapi, jika diperhatikan situasi pada masa kini, peluang untuk mendapatkan tajaan atau pinjaman kerajaan semakin sukar kerana persaingan yang lebih sengit, peningkatan jumlah pelajar yang layak memohon dan dana yang disediakan semakin berkurangan.

Jika tidak mendapat keistimewaan ini, bagaimana kita sebagai ibubapa perlu bertindak untuk mendapatkan sejumlah besar wang? Salah satu caranya ialah kita memohon kepada bank untuk ‘refinance’ hartanah terbabit supaya kita mendapat sejumlah wang yang besar bagi menjamin pendidikan anak-anak.
Perlu diingatkan bahawa hartanah tersebut akan meningkat harganya dalam jangka masa panjang.Selain itu, nilai hutang asal kita dengan bank semakin berkurangan kerana setiap bulan kita telah membayar ansuran bulanan.

Ikuti sambungan artikel ini dibawah, ketahui bagaimana anda boleh membiayai pendidikan anak-anak tanpa menjual hartanah anda.

Pelaburan Hartanah untuk Pendidikan Anak-anak – Bahagian 2

Sebagai contoh, rumah teres di kawasan Setiawangsa pada tahun 2000 bernilai RM120,000. Selepas 10 tahun berlalu, harga rumah tersebut meningkat menjadi RM300,000.

Oleh yang demikian, jika kita memohon untuk re-finance, pada margin 90%, sebanyak RM270,000 dapat diperolehi. Selepas menolak baki hutang sebelumnya, mungkin RM200,000 bersih dapat digunakan untuk pendidikan anak-anak bagi menyambung ke peringkat diploma dan ijazah. Keuntungan ini akan menjadi lebih banyak jika dikira wang ansuran bulanan yang telah ‘dibayar’ oleh penyewa.

Selepas tamat pelajaran di peringkat tinggi, anak kita akan memulakan karier dan semestinya memerlukan rumah untuk didiami. Rumah terbabit boleh diduduki oleh anak kita dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan anak kita di permulaan kerjayanya.

Situasi ini boleh berlaku jika rumah yang dibeli itu berdekatan dengan tempat kerja barunya atau kawasan rumah itu senang untuk menggunakan kemudahan awam seperti bas dan LRT.
Secara tidak langsung, perbelanjaan bulanan anak kita dapat dijimatkan dan seterusnya sejumlah wang dapat disimpan untuk berkahwin atau digunakan untuk tujuan pelaburan lain.

Para ibubapa perlu sedar bahawa seseorang yang sudah bekerja pada masa sekarang dengan bergaji RM2500 sebulan tidak akan mampu untuk membeli sebuah rumah dalam masa yang terdekat. Inikan pula 10 hingga 20 tahun akan datang!

Sementelaah itu, anak kita juga boleh ‘ditugaskan’ untuk menyambung bayaran ansuran bulanan kepada bank dan seterusnya mengurangkan beban kita pada masa itu.

Seterusnya, apabila anak kita ingin melangsungkan perkahwinannya, ibubapa mungkin dapat menghadiahkan rumah tersebut sebagai hadiah perkahwinan. Lagipun, anak kita sudah mula membayar ansuran bulanan rumah terbabit.

Hal ini dapat mengurangkan belanja selepas kahwin anak kita dan wang tersebut bolehlah disimpan jika berlaku kecemasan atau persediaan untuk menyambut cahaya mata. Walaubagaimanapun, kaedah pelaburan hartanah untuk anak-anak ini amatlah bergantung kepada kemampuan kita pada masa sekarang. Tetapi, jika tidak bermula dari sekarang, apakah nasib anak-anak kita 10 hingga 20 tahun akan datang?

Harga hartanah makin meningkat dan di sesetengah kawasan yang strategik, hartanah itu meningkat sebanyak 10% dalam masa 6 bulan dan harganya terus meningkat. Peningkatan harga hartanah ini memang tidak dapat dibendung lagi Oleh yang demikian, sebagai ibubapa, kita perlu membuat persediaan yang rapi demi kepentingan masa depan anak-anak kita.

Thursday, February 17, 2011

Kos Peguam Naik Kira-kira 400 Peratus Tahun Ini Kerana Tanggungjawab Semakin Berat

Mulai tahun ini, bayaran kos guaman meningkat antara 300 dan 400 peratus iaitu daripada RM2,000 sebelum ini hingga kini boleh mencecah sehingga RM10,000, kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan.

Beliau berkata bayaran kos ini meningkat kerana tanggungjawab yang dipikul oleh peguam semakin banyak berbanding dahulu, antaranya kini kes tidak boleh ditangguh sewenang-wenangnya.

Selain itu, kes mahkamah kini perlu diselesaikan dalam masa tiga bulan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek “Start” yang merupakan pengedaran buku panduan yang komprehensif mengenai cara sebuah firma guaman dikendalikan di pejabat majlis itu di sini Rabu.

“Dulu kes sivil di Mahkamah Majistret hanya membabitkan kos sebanyak RM2,000 sekarang mungkin mencecah RM8,000 hingga RM10,000, apa lagi di Mahkamah Tinggi. Tanggungjawab peguam sekarang lebih berat,” katanya.

Mengenai program “start”, beliau berkata Majlis Peguam terpanggil untuk mengeluarkan buku tersebut yang diedarkan secara percuma kepada peguam yang memohon Sijil Amalan Guaman dan Sijil Tahunan serta peguam yang berhasrat membuka firma guaman sendiri kerana jumlah kes peguam yang dikenakan tindakan displin semakin meningkat.

“Stastistik yang diperoleh oleh Lembaga Disiplin Majlis Peguam mendapati antara 30 dan 40 peguam dikenakan hukuman setiap tahun dengan kesalahan seperti menipu pelanggan, ditipu rakan kongsi dalam sebuah firma guaman dan sebagainya,” kata Kesavan.

Selain itu, Majlis Peguam juga menerima kes di mana peguam disytiharkan muflis selepas ditipu oleh rakan kongsi mereka, dan peguam Bumiputera mendakwa mereka tidak mendapat hasil keuntungan sebagai rakan kongsi tetapi namanya telah digunakan semata-mata untuk memenuhi keperluan kuota Bumiputera yang dikehendaki oleh bank, katanya.

Beliau berkata projek buku panduan “Start” itu yang membabitkan kos kira-kira RM200,000, tidak termasuk bantuan percuma oleh peguam-peguam kanan, menjelaskan perjalanan operasi sebuah perniagaan firma guaman yang membabitkan pelanggan, wang dan perjanjian di antara rakan kongsi.

“Panduan yang diberikan dalam buku ini tidak diajar di univerisiti, antaranya ialah bagaimana untuk memulakan sebuah firma guaman, pengetahuan mengenai perkara ini sangat penting kerana cabaran yang dihadapi peguam sekarang berbeza berbanding 20 dan 30 tahun lepas,” katanya.
Buku itu dijual kepada orang ramai dengan harga RM50 senaskah, katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dalam akhbar The Sun pada pada Isnin lepas, yang mengatakan bahawa penangguhan kes mahkamah akan menjejaskan ekonomi negara, Kesavan berkata semua pihak membabitkan peguam, pendakwa dan hakim perlu bekerjasama dalam menangani masalah itu.
– BERNAMA

Wednesday, February 9, 2011

Pertimbangan Semasa Membuat Pinjaman Perumahan

Bank manakah yang menyediakan pakej perumahan (housing loan/mortgage) paling menarik? Adakah pakej Islamik lagi elok jika dibandingkan dengan pakej pinjaman konvensional? Bagaimana pula dengan kadar faedah (interest rate) yang ditawarkan oleh setiap bank?
Istilah ‘menarik’ untuk pinjaman perumahan adalah sangat subjektif dan secara keseluruhannya bergantung kepada objektif dan kemampuan bakal pembeli hartanah terbabit. Sebenarnya, tiada satu pun pakej pinjaman perumahan yang boleh memenuhi semua kehendak pelabur. Setiap pakej mempunyai keistimewaan dan kekurangan masing-masing (plus & minus point) bergantung kepada objektif bakal pelabur.
Elemen-elemen utama yang perlu diutamakan dalam memilih pakej pinjaman perumahan ialah:

Kadar faedah (Interest Rate)
Biasanya, setiap bank menawarkan pakej BLR-XXX%. BLR (Base Lending Rate) bermaksud Kadar Pinjaman Asas (KPA), iaitu kadar faedah yang dikenakan oleh setiap bank. Kadar ini berbeza-beza di antara bank kerana kadar ini bergantung kepada kadar OPR (Overnight Policy Rate) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pada masa kini, BLR untuk setiap bank berada pada julat 6.30%.
Sebagai pelabur yang bijak, kadar BLR untuk setiap bank patut disemak terlebih dahulu dan seterusnya menilai pakej pinjaman yang ditawarkan. Semakin rendah kadar faedah, maka jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pinjaman akan menjadi lebih sedikit.
Contohnya, jika Bank A menawarkan pakej BLR-1.7% manakala Bank B pula menawarkan pinjaman pada kadar BLR-2.2%, bayaran ansuran masing-masing ialah RM 923 dan RM 870, bagi rumah yang bernilai RM200 000 dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM20 000. Hal ini menujukkan ‘keuntungan’ sebanyak RM53 setiap bulan jika pelabur tersebut memilih pakej dari Bank B.
Bagi pakej perumahan Islamik, kadar faedah akan ditetapkan (capped) pada 10% maksimum walaupun BLR bank terbabit meningkat sehingga 13%. Kebanyakan bank-bank utama seperti Maybank, CIMB dan Public Bank manawarkan pakej Islamik seperti ini. Bagi pelabur yang berminat pada kadar faedah tetap (fixed rate dan tidak bergantung kepada BLR semasa), pelabur boleh memilih ING kerana syarikat ini menawarkan kadar serendah 4.85% sepanjang tempoh pinjaman.

Margin pinjaman (Margin of Financing)
Margin pinjaman ini bermaksud jumlah yang akan dipinjamkan oleh bank kepada pembeli. Sebagai contoh, jika bank menawarkan pakej MOF pada 90% untuk hartanah bernilai RM200 000, ini bermakna 90% daripada harga hartanah terbabit iaitu RM180 000 akan ‘dibayar’ oleh bank. Baki 10% atau RM20 000  perlu dibayar sendiri oleh pembeli sebagai bayaran pendahuluan. Oleh yang demikian, pakej pinjaman yang menawarkan MOF yang tinggi (biasanya 90%) perlu diutamakan jika pembeli tidak ingin mengeluarkan wang tunai dengan terlalu banyak. Kadang-kadang, bank akan menurunkan nilai MOF untuk sesuatu pinjaman jika rumah itu mempunyai potensi pelaburan yang rendah seperti  kawasan tersebut mudah berlaku banjir, rumah yang rosak teruk atau jangka pajakan (leasehold) hampir tamat.

Tempoh pinjaman (Loan Tenure)

Tempoh pinjaman merupakan antara faktor yang penting kepada pelabur muda ataupun yang berusia. Hal ini kerana bagi setiap pakej pinjaman perumahan, tempoh pinjaman yang ditawarkan bergantung kepada usia pelabur terbabit. Sebagai contoh, Affin Bank menawarkan pakej pinjaman yang mempunyai tempoh maksimum 45 tahun atau umur peminjam mencapai 75 tahun. Jadi, jika pelabur terbabit berusia 25 tahun, beliau boleh memohon pinjaman maksimum 45 tahun. Sebaliknya, jika pelabur tersebut berumur 50 tahun dan ingin membuat pinjaman daripada Affin Bank, tempoh maksimum yang diberikan hanyalah 25 tahun sahaja (bukan 45 tahun) kerana dalam tempoh itu, umur beliau telah mencapai 75 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh pinjaman ini amat bergantung pada objektif pelabur terbabit seperti berikut:
•    Jika pelabur terbabit ingin menyelesaikan pinjaman secepat mungkin, pelabur terbabit dinasihatkan membuat pinjaman yang mempunyai tempoh yang singkat (seperti 25 tahun) tetapi bergantung juga kepada kemampuan untuk membayar ansuran bulanan. Hal ini kerana tempoh yang singkat akan menyebabkan ansuran bulanan menjadi tinggi dan di luar kemampuan pelabur. Kaedah ini biasanya dipilih oleh pelabur yang tidak suka berhutang atau membeli rumah tersebut untuk kegunaan sendiri.
•    Sebaliknya, jika pelabur terbabit ingin menjadikan rumah itu sebagai rumah sewa, tempoh pinjaman yang lebih lama seharusnya dipilih. Hal ini kerana penyewa hartanah tersebut seolah-olah menjadi ‘pembayar’ tetap untuk ansuran bulanan rumah itu dan keuntungan bulanan daripada bayaran sewa dapat dinikmati oleh pelabur.

Tempoh Lock-in (Lock-in Period)
Biasanya, tempoh ‘lock-in’ yang ditetapkan oleh bank-bank tempatan ialah 3 atau 5 tahun. Apakah impak tempoh ‘lock-in’ kepada pinjaman perumahan? Maksudnya ialah bayaran penalti akan dikenakan kepada peminjam jika peminjam terbabit menyelesaikan pinjaman (loan settlement) tersebut sebelum tamatnya tempoh ini. Contohnya, bagi pinjaman perumahan Maybank, penalti sebanyak 3.5% daripada jumlah pinjaman akan dikenakan jika peminjam tersebut menjual rumahnya dalam masa 5 tahun.Oleh yang demikian, jika pelabur ingin membeli hartanah dan menjualkannya dalam masa terdekat (property flipping), tempoh ‘lock-in’ yang singkat atau kadar penalti yang rendah perlulah diutamakan supaya untung penjualan hartanah terbabit dapat ditingkatkan.
Berdasarkan elemen-elemen ini, bakal pelabur perlulah membuat soal selidik terlebih dahulu tentang kelebihan dan kekurangan setiap pakej pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan atau institusi-institusi kewangan.  Carta di bawah turut diselitkan untuk dijadikan rujukan utama bakal pelabur dalam membuat pemilihan pinjaman perumahan. Kemudian, pilihlah pakej pinjaman yang terbaik bergantung kepada objektif pelaburan dan kemampuan kita.
Pakej Pinjaman Perumahan
Pakej Pinjaman Perumahan

Tuesday, February 1, 2011

Pertumbuhan Pinjaman Susut Apabila Peningkatan Jualan Hartanah Mungkin Perlahan Pada 2011

ECM Libra Investment Research menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan berkurangan susulan unjuran pertumbuhan jualan hartanah yang mungkin perlahan pada lewat 2011.

Pinjaman untuk hartanah kediaman dan bukan kediaman yang menyumbang sebanyak 44 peratus daripada pertumbuhan pinjaman pada 2010 sudahpun menunjukkan pertumbuhan yang menyederhana, katanya dalam nota kajian pada Isnin.

Kelulusan pinjaman kediaman menyuncup 3.8 peratus tahun ke tahun pada Disember manakala kelulusan pinjaman bukan kediaman susut kepada 30.2 peratus daripada 47.3 peratus pada November.

“Pertumbuhan pinjaman juga terjejas berikutan peningkatan syarat rizab berkanun (SRR) yang akan dilaksanakan serta pelaksanaan langkah-langkah pinjaman makroprudential seperti yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia dalam kenyataan dasar monetarinya yang terkini pada 27 Jan,” kata ECM Libra.

Dalam tempoh terdekat, ia berkata peningkatan pinjaman dijangkakan kekal kukuh memandangkan petunjuk pinjaman terus berada dalam wilayah positif dengan permohonan dan kelulusan pinjaman pada Disember 2010, meningkat masing-masing sebanyak 36.5 peratus dan 17.4 peratus tahun ke tahun.

“Ini bermakna jumlah pinjaman yang diluluskan menyuncup sebanyak 2.8 peratus tahun ke tahun pada Disember cent,” katanya. Pinjaman berkembang 12.8 peratus kepada RM883.6 bilion pada 2010.
Kedua-dua pertumbuhan pinjaman isi rumah dan peniagaan menyederhana pada Disember, masing-masing pada 13.4 peratus dan 12.1 peratus.

Nisbah pinjaman-deposit kekal tinggi pada 81.4 peratus dari 10 Nov pada 81.3 peratus, yang hampir dengan paras tertinggi tujuh tahun pada 81.7 peratus yang dicatat pada 10 Okt. “Ini hasil daripada peningkatan deposit pada 7.3 peratus berbanding pertumbuhan pinjaman sebanyak 12.8 peratus. Kami yakin kurangnya pertumbuhan pinjaman mungkin menyekat momentum pertumbuhan pinjaman untuk masa depan,” kata ECM Libra.

ECM Libra berkata ia mengekalkan saranan neutral ke atas sektor perbankan memandangkan pertumbuhan pinjaman semakin perlahan manakala margin faedah bersih kini mengalami tekanan untuk masa akan datang.
Sementara itu, OSK Research Sdn Bhd mengekalkan unjurannya bahawa pertumbuhan pinjaman bagi 2011 terus kukuh, dengan peningkatan kadar faedah dijangkakan tidak akan menjejaskan permintaan untuk memperoleh kredit berikutan pemulihan ekonomi.

“Permodalan sistem perbankan terus mencukupi, dengan modal wajaran risiko dan nisbah modal teras, msing-masing pada 14.6 peratus dan 12.8 peratus,” katanya.
– BERNAMA

Friday, January 14, 2011

Harga Siling Bagi Pinjaman Penuh Perumahan Kekal RM220,000

Kerajaan masih belum bercadang untuk menaikkan harga siling bagi rumah-rumah berharga daripada RM220,000 hingga RM350,000, yang tidak memerlukan bayaran pendahuluan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.
Chor berkata beliau telah mencadangkan perkara itu kepada Kabinet Disember lepas tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang jika harga siling itu dinaikkan, ia boleh menimbulkan lebih banyak masalah daripada manfaat kepada para pembeli dalam tempoh jangka panjang.
“Perdana Menteri merasa bahawa jika kita naikkan harga kepada RM350,000 para pembeli yang mempunyai skim gaji bagi jumlah itu (kurang daripada RM3,000) mungkin tidak dapat membayar balik dan ini boleh menyukarkan pembeli.
“Jadi, ia bukan masa yang baik bagi menaikkan had itu. Ianya masih pada RM220,000,” katanya kepada pemberita di sini ketika ditanya perkembangan cadangan itu.
Cadangan itu dibwa kepada perhatian Kabinet berikutan kebimbangan dan cadangan dari para pengguna bahawa skim pada masa ini tidak mencukupi.
Inisiatif di bawah Bajet 2011 itu adalah bagi menggalakkan pembeli rumah kali pertama dengan pendapatan isirumah kurang daripada RM3,000 untuk membeli rumah kurang daripada RM220,000, tanpa perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan.
Skim itu dijangka berkuatkuasa dari 1 Jan tetapi sesetengah pembeli rumah mengadu bahawa ia tidak dilaksanakan lagi.
Chor juga meminta lebih ramai pemaju dan kontraktor di negara ini supaya mengguna pakai sistem penilaian kualiti yang diiktiraf antarabangsa seperti Sistem Penilaian Kualiti Pembinaan (Conquos) oleh Pihak Berkuasa Pembinaan Bangunan Singapura atau Sistem Penilaian Kualiti Malaysia dalam Pembinaan (Qlasssic).
– BERNAMA

Wednesday, January 12, 2011

Tiada Deposit Atau Deposit Tinggi Mana Lebih Baik Apabila Membeli Rumah

Pelaburan adalah satu kaedah untuk kita mengurus kewangan agar dapat ia digunakan pada kemudian hari.
Walau sehebat manapun bentuk pelaburan yang kita rancang, hakikatnya ia bakal menuntun kos tambahan dari pendapatan hakiki kita hari ini. Dengan pelaburan anda boleh mencipta hutang yang berganda atau anda boleh menyelesaikan hutang dengan cara yang terancang.

Soalan 1 : Bagaimana saya boleh melabur didalam hartanah jika saya adalah seorang yang “blacklist”? Dan saya memunyai pendapatan tetap.
Mungkin masih ramai yang tidak arif akan konsep pelaburan, dan saya akan menghuraikan sedikit penjelasan dari soalan seorang pembaca Drumah.com beberapa hari lepas. Seperti apa yang saya katakan diatas, Pelaburan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bukan semua bentuk pelaburan. Jika anda mempunyai hutang sehingga anda di istihar sebagai insudividu yang di senarai hitam, malah lagi teruk muflis oleh pihak bank tiada penyelesaikan singkat untuk anda melainkan anda meyelesaikan maslaah itu dahulu. Tetapi peluang pelaburan yang lain masih banyak untuk anda teroka dan mungkin tidak membebankan kewangan anda sekarang, setelah bersedia, barulah anda mula berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah.
Walaupun ada beberapa kaedah “loophole’ pada sistem perbankan kita yang memungkinkan individu yang di senarai hitam atau muflis untuk membeli hartanah ia tetap menuntut kos yang tinggi, malah ia sama sahaja dari kaedah atau cara peminjam lain lakukan. Sebaik-baiknya nasihat saya anda cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan hutang ini agar ia tidak menjadi bebankan dikemudian hari.
Ramai yang tahu pelaburan hartanah adalah satu kaedah pelaburan yang kukuh dan menguntungkan. Tetapi manakah lebih baik, tiada deposit atau deposit tinggi semasa membeli rumah?
Membeli hartanah dengan cara mendesak kewangan anda adalah satu pekara yang perlu dielakkan. Setiap keputusan membeli hartanah haruslah dibuat melalui pengurusan kewanan berhemah. Anda saharusnya membuat tabungan yang mencukupi dan mengurangkan tempoh bayaran ansuran (tahun bayaran). Tahap skor kredit anda akan berkurangan pada penilaian pihak bank jika kewangan anda pada paras sedarhana. setiap pemilik rumah perlu menyediakan wang tabungan tambahan untuk kos-kos baik pulih rumah nanti.
Jangan bergantung pada gaji hakiki untuk perbelanjaan kecemasan. Pastikan apabila anda membuat penilaian hartanah yang ingin dibeli ia haruslah pada perbelanjaan yang anda mampu dan jangan berbelanja lebih dari apa yang anda tidak perlu.
Mungkin ada dari pembaca yang memperolehi pinjaman 100% dari pihak pembiaya, ia mungkin satu kelebihan pada jangka masa singkat. Malah ada juga pihak pembiaya hari ini menawarkan pinjaman sehingga 40 tahun hingga 45 tahun. Walaupun anda mempunyai kelebihan ini, ia sebenarnya adalah sau komitmen yang membebankan kewangan. Sebaik-baiknya pembiayaan hartanah anda harus berada pada jangka masa 20 tahun atau sekurang-kurangnya 25 tahun. Ini bagi megelakkan pembayaran faedah pinjaman yang berlebihan yang sebenarnya anda boleh elakkan.

Soalan 2 : jika pinjaman rumah 20-25 tahun, saya nak makan apa? Kalau tunggu-tungu lagi mungkin saya tidak akan beli rumah sampai bilai-bila
Dari apa yang saya katakan tadi, pembelian rumah harus dengan deposit tinggi dan tempoh pinjaman harus diminimakan. Ini bagi menjimatkan faedah bank yang anda akan bayar secara berkala.
Jika anda seorang yang memahami kaedah pembayaran dan formula faedah pinjaman pasti anda mula memikirkan kaedah yang terbaik bagi meminima pembayaran balik seperti apa yang saya katakan.

Sunday, January 9, 2011

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah

Percaya atau tidak, persoalan seperti ini sebenarnya agak normal dalam kehidupan seharian kita terutamanya apabila kita menjadi penyewa atau tuan rumah terbabit. Senario yang berlaku mungkin akan menjadi lebih teruk lagi jika kedua-dua pihak iaitu penyewa dan tuan rumah tidak sedar tentang hak masing-masing. Tetapi, hak dan nasib kedua-dua pihak akan terbela dan lebih terjamin jika Perjanjian Penyewaan Rumah (Tenancy Agreement) berjaya disediakan, dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Apakah itu Perjanjian Penyewaan Rumah?  Perjanjian ini merupakan satu dokumen yang menggariskan hak-hak dan tanggungjawab penyewa serta tuan rumah. Biasanya, perjanjian ini ditandangani sebelum penyewa menduduki rumah tersebut. Jangka masa untuk perjanjian ini ialah bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak; iaitu sama ada setahun, 2 tahun ataupun 5 tahun.
Apa yang anda perlu tahu tentang Perjanjian Penyewaan Rumah:
•    Perjanjian ini perlulah senang difahami oleh kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, pihak penyewa dan tuan rumah perlu memahami isi kandungan perjanjian ini dengan terperinci supaya hak masing-masing dapat ditegakkan jika berlaku perselisihan faham (dispute). Kadang-kadang, perjanjian ini disediakan oleh pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah namun persetujuan haruslah dicapai oleh bakal penyewa dan tuan rumah sebelum ditandatangani. Tuan rumah juga boleh menyediakan sendiri perjanjian ini berdasarkan sampel dokumen yang disediakan di bawah.
•    Perjanjian ini perlu menyatakan sewa bulanan yang perlu dibayar oleh penyewa. Bayaran untuk sewa bulanan akan ditetapkan pada tarikh tertentu (contohnya 1hb bagi setiap bulan) untuk memudahkan tuan rumah memantau kelewatan pembayaran. Akaun untuk pembayaran juga dinyatakan dalam Perjanjian Penyewaan untuk rujukan dan memudahkan kedua-dua pihak..
•    Selain itu, deposit untuk menyewa rumah juga (biasanya, bayaran sewa untuk 2 bulan dan utiliti) akan dinyatakan untuk menjaga hak tuan rumah sekiranya penyewa‘melarikan diri’ atau merosakkan harta benda di dalam rumah terbabit. Wang deposit ini akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila tempoh penyewaan sudah berakhir dan rumah ini ditinggalkan dalam keadaan baik dan terjaga.
•    Senarai inventori barang-barang yang disediakan di dalam rumah terbabit seperti kipas, lampu, sofa, peti ais, katil dan televisyen akan turut dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian Penyewaan sebagai senarai semak untuk kedua-dua pihak. Jika berlaku kerosakan kepada barang-barang terbabit (dalam kes ini, penyewa yang merosakkan secara sengaja), tuan rumah berhak meminta ganti rugi. Walaubagaimanapun, terpulang kepada budi bicara tuan rumah kerana mungkin barang-barang itu sudah lama digunakan dan kerosakan tidak dapat dielakkan.
•    Pembaikpulihan bagi kerosakan di dalam rumah perlu dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Penyewaan. Biasanya, kerosakan kecil (minor damage) akan dibayar terlebih dahulu oleh penyewa kemudian diberitahu kepada tuan rumah untuk pengurangan bayaran sewa pada bulan itu. Bagi kerosakan besar (major damage), tuan rumah perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti meminta kontraktor untuk membaik pulih kerosakan terbabit secepat mungkin. Contoh kerosakan kecil ialah pili air tersumbat dan kerosakan besar mungkin atap bocor atau lantai pecah.
•    Akhir sekali, selepas perjanjian ini dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua pihak, ‘stamping’ perlu dibuat di Jabatan Hasil supaya dokumen ini dikira sah disisi undang-undang. Jika tidak, sebarang masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan di mahkamah dan seterusnya boleh mengakibatkan ketidakadilan kepada penyewa ataupun tuan rumah.. Bayaran untuk “stamping’ biasanya dikenakan kepada penyewa. Bagi tuan rumah, dokumen ini boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan (extra income) jika ingin memohon pinjaman daripada bank.

Oleh yang demikian, penyewa dan tuan rumah perlu menyedari hak masing-masing dan hak ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian ini. Ketiadaan dokumen ini mungkin akan menjadi kesilapan besar kepada penyewa dan juga tuan rumah terbabit jika berlakunya sesuatu masalah.
Bagi pelabur hartanah pula, dokumen ini perlu dipandang serius kerana dokumen ini seolah-olah memberi jaminan pada hartanah yang disewakan tersebut.

Tuesday, December 21, 2010

Pasaran Hartanah Malaysia Dijangka Berkembang Pada Tahun Depan

Pasaran hartanah akan terus berkembang pada tahun depan kerana tiada jangkaan kemunculan gelembong, kata perunding hartanah.

Mereka berkata minat belian yang kukuh dijangka diperolehi daripada pembeli asing dan banyak transaksi kediaman dijangka dilihat di kawasan bandar.

Pertumbuhan ekonomi positif di pasaran tempatan di tengah-tengah tinjauan ekonomi yang suram di Eropah dan AS akan turut melonjakkan pasaran, kata mereka.

Gelembong hartanah adalah satu tempoh peningkatan pantas di dalam penilaian harga perumahan atau hartanah sehingga ia mencapai paras yang tidak mampan dan diikuti oleh pengurangan harga.

Pengerusi Eksekutif Rahim & Co Chartered Surveyors Sdn Bhd Datuk Abdul Rahim Rahman berkata ini terbukti daripada peningkatan bilangan transaksi kediaman di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
“Antara separuh pertama 2009 dan separuh pertama 2010, transaksi kediaman di kawasan berkenaan masing-masing meningkat 11 peratus, 47 peratus dan 7.0 peratus.

“Corak itu dijangka berterus pada tahun depan apabila ekonomi Malaysia bertambah baik,” kata Rahim kepada Bernama.

Rahim berkata harga hartanah kediaman terpilih di kawasan panas telah meningkat antara 20 dan 50 peratus sejak tiga tahun lepas.

Bagaimana pun, katanya kenaikan harga yang mendadak itu hanya dilihat di kawasan tertentu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor dan bagi projek khusus yang mendapat permintaan ramai.

Dengan pemantauan rapi keadaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bank-bank kini melakukan penilaian di segi nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) bagi mengelakkan berlakunya pinjaman tidak berbayar (NPL).
Pada November, BNM telah mengenakan had LTV 70 peratus bagi pembelian hartanah ke-tiga bagi mengekang pelaburan dan spekulasi berlebihan.

“Langkah itu dijangka menyerderhanakan pelaburan dan spekulasi yang berlebihan, yang menghasilkan peningkatan harga yang lebih tinggi daripada sederhana di kawasan perbandaran tertentu,” kata Rahim.
Menurutnya, sambil langkah itu tidak akan menghentikan harga daripada meningkat, ia sekurang-kurang mengurangkannya.

Rahim berkata bagi mengekang pembelian spekulatif ke atas hartanah, negara-negara seperti China, Hong Kong dan Singapura telah melaksanakan nisbah pendahulan yang secara progresifnya lebih tinggi bagi para pembeli yang memiliki lebih daripada satu hartanah.

Pengarah Ho Chin Soon Research Ho Chin Soon mencadangkan dikenakan cukai keuntungan hartanah 30 peratus, diikuti oleh skala yang menurun hingga 5.0 peratus dan kemudiannya sifar peratus selepas lima tahun.
“Peraturan baharu itu dilihat tidak cukup untuk mengekang peningkatan harga hartanah.

“Lihatlah terhadap gelembong kecil sebaik sebelum berlaku krisis kewangan Asia. Ia memakan masa kira-kira tiga tahun bagi pembentukan gelembong kecil.

“Sehingga ini, kami telah melihat trend harga hartanah yang menaik bagi tempoh satu setengah tahun dan dengan itu, masih ada sekurang-kurangnya setahun lagi bagi melihat peningkatan harga,” katanya.
Kerajaan juga telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi sektor hartanah semasa pembentangan Bajet 2011.

Sesetengah langkah itu, yang disifatkan mempunyai kesan positif terhadap pasaran, yang termasuk duti pengecualian setem 50 peratus bagi pembeli rumah pertama kali bagi membiayai pembelian rumah tidak melebihi RM350,000 dan 100 peratus pinjaman bagi membeli satu rumah bernilai di bawah RM220,000.

Rahim berkata pengecualian duti setem bagi pembeli pertama kali, sememangnya akan memberikan mereka opsyen untuk membeli rumah, terutama rumah yang mempunyai tanah kerana kebanyakannya kini berharga di atas RM250,000.

Katanya pinjaman 100 peratus untuk membeli satu rumah bernilai kurang RM220,000 akan memberikan peluang kepada lebih ramai pembeli rumah yang muda, terutama sekali mereka yang baharu bekerja untuk memiliki satu rumah.

“Kedua-dua inisiatif itu akan merangsang permintaan mendapatkan rumah di kawasan bandar serta di lokasi di luar kawasan perbandaran,” katanya.

Bagaimana pun, Ho berkata Bajet 2011 hanya mempunyai kesan minimum ke atas keputusan hartanah kerana kebanyakan rumah di Lembah Klang bernilai di atas RM350,000.

Pengumuman utama yang lain pada tahun ini termasuk projek Transit Pantas Massa (MRT) dalam Kuala Lumpur dan cadangan menara Warisan Merdeka 100 tingkat di Kuala Lumpur, katanya.
Katanya kajian mengenai sistem pengangkutan massa menunjukkan nilai dan sewaan kemungkinan mencecah 25 peratus lebih tinggi jika sesuatu bangunan terletak berdekatan stesen MRT, yang menunjukkan kejayaan pembinaan stesen itu serta mudah diakses.

Rahim berkata satu kajian pasaran penuh dan kemungkinan perlu dilakukan bagi menentukan jika menara Warisan Merdeka berdaya maju di segi komersil dan pembiayaan berikutan lebnihan kapasiti di segi ruang komersil di Lembah Klang.
oleh: Oleh Christine Lim
– BERNAMA

Friday, December 17, 2010

Undang-undang pemilikan hartanah kita terlonggar di dunia

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.

Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.

Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.

“Antaranya had bilangan aset, hanya boleh membeli aset yang sedang atau belum dibina dan pelbagai lagi bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Mani Usilappan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif PEPS dan Presiden PEPS, Choy Yue Kwong.

Ooi berkata, faktor persaingan ini menyebabkan nilai hartanah di kawasan bandar melonjak tinggi dan langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana serta ke bawah.

“Kita tidak mampu menandingi kuasa beli pelabur asing dan akhirnya hanya mampu melihat aset strategik dimiliki orang luar. Sesuatu perlu diambil untuk menilai semula masalah ini,” kata beliau.

Ooi menambah, pelabur asing yang banyak memiliki aset di Malaysia adalah dari Singapura, Hong Kong, Indonesia, Eropah dan rantau Asia Tengah.

Lokasi yang menarik perhatian mereka adalah Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang atas faktor infrastruktur dan kemudahan yang serba lengkap.

Mani pula menjelaskan, sekiranya keadaan itu berterusan, mungkin akan timbul persoalan sama ada industri hartanah tempatan dibina untuk rakyat atau pelabur asing.

Sementara itu, Yue Kwong berkata, nilai hartanah di Asia termasuk Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun depan berikutan pertumbuhan ekonominya yang positif meskipun berlaku kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Katanya, keadaan ekonomi luar yang tidak menggalakkan akan menyaksikan dana pelaburan khususnya sektor hartanah bakal beralih ke Asia dan Malaysia turut mendapat faedahnya berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Beliau berkata, permintaan tinggi dalam sektor hartanah tempatan akan meningkatkan kadar kecairan pasaran dan nilai hartanah khususnya di Kuala Lumpur.

“Peningkatan nilai hartanah pada tahun depan mungkin tidak setinggi tahun ini yang mencatat peningkatan 30 peratus kerana pertumbuhan ekonomi negara dijangka perlahan,” jelasnya.

Di petik dari Utusan 17.12.2010

Friday, December 10, 2010

8 Skil untuk menjual sebagai seorang profesional – bahagian 1

Definasi menjual ialah secara profesional menolong orang lain untuk membuat keputusan membeli. 8 skil utama yang boleh dikongsi bersama iaitu:-

1) Membina Hubungan
Perlu diingat bahawa prospek/pembeli hanya akan membeli melalui orang yang mereka suka dan percayai. Untuk membina kepercayaan pembeli anda mesti berkomunikasi dengan baik melalui perkataan dan suara yang jelas beserta gerak badan yang menarik perhatian. Prospek perlu diberi penerangan yang jelas melalui gambar-gambar,carta,jadual dan sebagainya. Lebih baik lagi prospek boleh melihat dan mencuba produk tersebut, contohnya seperti membeli kereta, prospek biasanya akan “test drive” supaya dapat mencuba dahulu sebelum membeli.
Antara lain anda juga perlu memahami kehendak dan minat prospek supaya komunikasi lebih lancar. Penjual juga perlu arif tentang produk supaya pembeli mendapat maklumat penuh dan lebih yakin terhadap anda. Disamping itu jangan pula terlalu serius bersama pembeli, mestilah disertakan lawak jenaka dalam komunikasi supaya lebih mesra. Cuba juga bertanyakan soalan-soalan yang mudah mengenai latar belakang prospek.

2) Bertanyakan Prospek
Apabila anda lebih banyak mendengar daripada bercakap produk anda akan terjual dengan sendirinya, menarik kan? Bagaimanakah ianya berlaku? Ianya mudah sekali apabila soalan-soalan yang diajukan kepada prospek kita boleh memahami keperluan dan masalah pembeli seterusnya kita yang akan menyelesaikan masalah tersebut. Soalan-soalan seperti siapa?Bila?Apakah?Dimanakah?Kenapakah?Bagaimanakah? akan membongkar maklumat prospek. Maklumat tersebut boleh digunakan sebagai panduan untuk anda memberi cadangan(proposal) produk anda yang tepat kepada prospek. Tren terkini untuk menjual produk adalah lebih kepada membina hubungan bersama prospek dan follow-up, jualan akan datang secara automatik.

3) Membina “value”/nilai
Apakah kelebihan produk anda berbanding produk-produk yang lain? Contohnya apakah perbezaan air mineral A&B? Kedua-duanya melalui proses yang sama, tetapi apabila A menerangkan kepada prospek proses-proses yang kompleks tersebut, prospek akan lebih yakin terhadap air mineral A berbanding B, sebenarnya prospek anda tidak tahu apakah yang membuatkan produk anda bernilai, anda perlu menerangkannya sebaik mungkin. Sekolahkan prospek anda supaya mendapat maklumat bagaimanakah produk anda dihasilkan. Ceritakan kisah-kisah menarik keajaiban produk anda mengubah hidup seseorang. Antara tip-tip yang berguna ialah jangan bertanya kepada prospek seperti “boleh saya tolong?” kerana jawapan yang anda dapat mungkin “tidak apa” atau “terima kasih”. Tetapi anda boleh kenalkan diri anda, aplikasikan skil 1&2 dan terus menerangkan kepada prospek produk anda
Skil seterusnya,,, akan bersambung pada bahagian 2 dibawah

8 Skil menjual sebagai seorang profesional – bahagian 2

Episod sebelum ini anda telah mengetahui bagaimana untuk membina hubungan dengan prospek,mengenali prospek dan menerangkan nilai-nilai kualiti produk. Langkah seterusnya skil yang perlu diaplikasikan iaitu,

4) Menyemarakan Keinginan
Beberapa perkara anda boleh lakukan untuk menyemarakkan keinginan prospek seperti memberi gambaran yang indah supaya prospek dapat membayangkan kehebatan produk anda. Contohnya agen jualan pakej percutian yang bagus dapat memberi gambaran-gambaran lokasi yang indah seperti pantai yang putih dan bersih, air yang jernih seperti kaca, dasar laut yang boleh dilihat daripada permukaan air dan ikan baracuda(sejenis ikan di laut dalam) bermain di gigian jeti. Prospek anda akan teruja dengan gambaran tersebut. Jangan terkejut prospek yang teruja akan membuat keputusan mendapatkan produk anda dengan serta merta.
Selain itu data-data, statistik yang menarik daripada majalah, surat khabar, internet juga boleh digunakan. Dalam persembahan anda gunakan perkataan-perkataan seperti ‘MENAKJUBKAN’, ‘DIJAMIN’, ‘SUPERB’, ‘HOT’, ‘POPULAR’,'MENARIK’ dan sebagainya boleh meningkatkan keinginan prospek. Tetapi perlu diingat intonasi suara perlu bersemangat ketika anda menyebut perkataan ini, jika tidak mesej tidak akan sampai kepada prospek anda.Dapatkan testimoni daripada pembeli terdahulu untuk dijadikan rujukan kepada prospek anda supaya lebih yakin kepada tahap profesional anda.

5) Mengendalikan Komen/Alasan/Bantahan
Alasan tipikal prospek akan berikan hanyalah empat perkara iaitu tidak ada duit, tidak ada masa, tidak memerlukan dan tidak ada keinginan/berminat. Disebabkan perkara-perkara di atas kita perlu mengasingkan sebab-sebab yang menyebabkan prospek tidak membeli produk anda.Anda perlu bertanyakan prospek,,
‘Selain dari sebab yang En_____ nyatakan adakah sebab-sebab lain?’
‘Jika sebab/masalah dapat diselesaikan adakah En____ akan teruskan untuk membeli?’
Jika jawapannya TIDAK,,
‘Mesti ada sebab-sebab lain,bolehkah saya tahu apakah masalah tersebut?’
Jika jawapanya YA,,
‘Mari kita luangkan masa untuk mencari jalan menyelesaikan sebab tersebut’
Sebaiknya anda memahami,merasai dan menemui sebab-sebab/ masalah prospek supaya dapat memberikan jalan penyelesaian.
Tanyakan prospek ‘Adakah berbaloi jika En(prospek) tidak membeli produk ini dan apakah kerugian-kerugian jika En(prospek) tidak memiliki produk ini?’ Akhir sekali jangan menganggap bantahan/alasan/komen sebagai unsur yang negatif. Sebenarnya itu adalah respon kepada perkara yang diambil berat oleh pembeli.

6) Mengambil/meminta Bayaran
Sangat merugikan jika anda telah mengaplikasikan skil-skil 1-5 tetapi jika anda lemah dalam skil untuk meminta bayaran semuanya menjadi sia-sia. Jangan sekali-kali sarankan kepada prospek untuk balik berfikir. Anda perlu sematkan dalam diri anda bahawa anda 100% bertanggungjawab terhadap pertolongan yang anda berikan kepada prospek untuk membuat keputusan membeli. Jangan hanya mengagak keputusan prospek, kitalah yang memberi cadangan atas keputusan mereka.
Tanyakan prospek,,
‘Siapakah selain anda yang terlibat untuk membuat keputusan ini?’
Jika orang yang terlibat tidak ada pada masa itu cuba sebaik mungkin dapatkan bayaran sebagai tempahan dengan jaminan bayaran dikembalikan jika tidak mendapat persetujuan bersama. Pada masa ini anda boleh bertanya soalan-soalan yang lebih mendalam/detail seperti tempoh bayaran ansuran bulanan, nilai interes dan lain-lain.
Selamat mencuba skil-skil ini dan praktikan setiap hari. Pada mulanya mungkin anda akan merasa kekok dan janggal. Tetapi lama-kelamaan anda akan mahir dan skil anda terus akan meningkat dari hari ke hari. Episod terakhir akan menyusul untuk 2 lagi skil utama menjual sebagai seorang profesional…

8 SKIL MENJUAL SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL – bahagian akhir

Andakah anda telah aplikasikan skil 1 – 7? Bagaimanakah keputusannya? Masih belum mahir? Tidak apa, kita belajar daripada kesilapan dan pengalaman. Skil yang berikutnya :

7) Follow Up
Pernahkah anda terfikir dan tertanya-tanya kenapakah prospek tidak membuat keputusan untuk membeli? Sebab utama ataupun sebab no 1 yang belaku di seluruh dunia ialah tiada ‘langkah-langkah yang seterusnya’ daripada anda sendiri. Follow up yang paling berkesan hanya memerlukan sistem follow up yang mudah dan ringkas. Sistem yang disarankan dinamakan sebagai “Sistem Pengurusan Prospek”. Dalam sistem ini anda boleh membuat jadual yang dibahagikan kepada 6 kategori:-
i) 0% = setiap orang yang memenuhi kriteria anda dinamakan prospek
ii) T1 = temujanji anda bersama prospek, untuk membuat temujanji mesti disetkan masa dan tarikh
iii) 25% = apabila anda bersemuka dengan prospek
iv) 50% = apabila prospek anda membayar wang untuk tempahan
v) 90% = apabila pelanggan anda menandatangani perjanjian jual-beli yang berkaitan
vi) 100% = apabila pelanggan membayar penuh untuk produk anda
Di antara ketegori i – vi anda perlu aplikasikan ‘langkah-langkah yang seterusnya’ seperti membuat temujanji ke-2, mengambil/menghantar gambar, menghubungi prospek dan sebagainya. Setiap langkah menjadi mudah apabila kita mempunyai sistem yang sistematik.

8 ) Analisis Diri
Setiap skil yang anda praktiskan mestilah dipantau oleh anda sendiri secara praktikal. Digalakkan kepada anda untuk membuat file untuk skil 1 – 7. Setiap skil tersebut anda harus tahu dimanakah kelemahan anda dan tingkatkan skil tersebut.Untuk membina karier anda sehingga menjadi no 1, anda mesti melakukan/memberi lebih daripada yang dijangkakan. Apabila anda gagal jangan memberi alasan, menyalahkan keadaan/orang lain, menafikan kegagalan tersebut, sebaliknya anda perlu bangun dan mencari idea serta jalan penyelesaian untuk berjaya.
2 kualiti yang anda perlukan untuk menjadi ‘SUPERB’ berjaya adalah yang pertama, mempunyai matlamat yang jelas dan plan untuk mencapai matlamat tersebut. Anda perlu menulis matlamat tersebut kerana matlamat yang ditulis mempunyai 98% peluang untuk berjaya.
Yang ke-2 anda perlu berkebolehan untuk menggunakan setiap aset yang anda miliki untuk mencapai matlamat anda. Aset tersebut dibahagikan kepada aset yang nyata dan tidak nyata. Aset yang nyata seperti keluarga,kawan-kawan,produk,senarai pelanggan yang berpotensi dan sebagainya. Aset yang tidak nyata seperti pengalaman,pengetahuan,kesabaran,kesungguhan dan sebagainya. Senaraikan 7 aset utama yang anda miliki dan gunakan aset-aset tersebut sebaik mungkin sebagai pemangkin untuk kejayaan anda.
Selain dari skil-skil yang disenaraikan, perkara-perkara lain yang tidak kurang penting ialah:
- ketetapan masa
- bersih dan pakaian kemas
- tingkatkan /kemaskan sales kit
- dapatkan potensi prospek dari pelanggan
- buatkan diari untuk aktiviti seharian
- konsisten
Jadikan setiap perkara yang positif sebagai amalan harian anda, walaupun perkara yang ringkas dan mudah jadikan almalan seharian secara konsisten anda boleh mencapai kejayaan yang mutak. Selamat berjaya kepada semua.

10 Kesilapan yang perlu dielakkan pada tahun ini - bahagian pertama

Pada sesetengah individu, tahun baru adalah tanda untuk memiliki rumah atau menjual rumah. Jika anda bercadang untuk berada di mana – mana arah (menjual atau membeli) dibawah adalah 10 perkara yang anda perlu tahu dan elak mengikut perkiraan penulis.

1. Tidak mengetahui tempoh sebenar proses pemilikan dan penjualan
Penjual dan pembeli sering kali menganggap proses belian dan jualan adalah satu perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Pelbagai sebab musabab yang akan mengganggu dan bakal timbul semasa didalam proses tersebut. Sebagai contoh; penjual akan menangguh atau tidak menerima tawaran harga dari pembeli, pembeli pula tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan deposit 10 %, permohonan pinjaman yang tergantung tanpa status dan macam – macam lagi masalah yang anda bakal tempuhi.
Kebiasaanya sesuatu hartanah  akan dijual didalam tempoh dua hingga tiga bulan. Jadi sebaik-baiknya anda bersabar dan berusaha untuk melicinkan transaksi jika diminta untuk melakukan tindakan yang diperlukan. Selain itu tempoh proses seperti perjanjian dan penyerahan mungkin memakan masa dua atau tiga bulan lagi bergantung pada status hartanah tertentu. Segalanya bergantung pada dokumentasi lengkap penjual dan pembeli.

2. Terlalu banyak maklumat dan permintaan
Sebelum membuat sebarang keputusan adalah baik jika anda membuat beberapa kajian tentang hartanah dan kawasan kediaman sasaran. Tetapi jika terlalu banyak info pula akan membinasakan diri kerana apa yang anda cari mungkin tiada dimana-mana, yang pasti… tiada rumah yang dibina oleh manusia itu berkeadaan sempurna.  Mengetahui apa yang perlu dan apa yang diperlukan ialah satu kaedah terbaik didalam pemilihan harta.
Permintaan yang bukan – bukan seperti perlantikan peguam (isu remeh), pemilihan bank tertentu (sahaja), dan mahukan pembaikan sebelum membeli adalah satu perkara yang tidak munasabah dan terlalu diperbesarkan. Anda sebagai pembeli harus mempunyai toleransi yang tinggi kerana jika permintaan anda terlalu menekan penjual sudah pasti penjual tersebut akan berpatah hati dan menjual hartanah tersebut kepada pembeli yang lain. Andai kata hartanah itu didalam harga yang rendah dan kondisi yang  ideal ianya seperti peluang sekali sepanjang hayat. Jadi bertoleransi asalkan anda memiliki rumah ideal ini.

3. Penilaian dan nilai hartanah adalah sama
Jika anda ingin menjual hartanah, sebaik – baiknya anda membuat semakan bersama agensi penilai harta. Penilai hartanah yang berbeza akan memberikan sebut nilai harta yang berbeza-beza. Berbincang dengan ejen hartanah anda kerana kebiasaannya ejen hartanah mempunyai analisis pasaran perbandingan hartanah pada kawasan yang diminta. Selain itu beliau juga mempunyai jaringan penilai harta yang diyakini oleh panel bank tertentu.
Begitu juga jika anda adalah seorang pembeli. Berbincanglah dengan ejen hartanah bagaimana anda boleh mendapatkan pinjaman dari bank- bank tertentu dengan nilai yang dipersetujui.

4. Tidak mendapatkan pra-kelulusan dari bank
Perkara ini adalah satu langkah yang penting. Mengelak dari mendapatkan pra-kelulusan dari bank satu tindakan yang amat – amat berisiko.  Membuat pra-permohonan dengan pihak bank membolehkan anda mengetahui berapakah nilai kelayakkan pinjaman yang bakal diberikan.
Ianya juga satu cara untuk memperbetulkan mana – mana rekod kredit yang dirasakan perlu agar permohonan anda dipermudahkan. Ia juga menandakan anda adalah seorang pembeli yang benar – benar serius. Jika anda berminat dengan mana – mana hartanah minta bantuan ejen hartanah untuk memperkenalkan panel bank bagi membantu anda didalam proses pinjaman.

5. Cuba untuk menunggu masa kejatuhan
Cuba menunggu harga hartanah untuk jatuh adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Di kebanyakkan tempat didalam negara, faktor kejatuhan harga tidak berlaku. Realitinya harga hartanah malaysia tidak akan “jatuh mendadak”; cuma nilainya akan susut sedikit dan rata pada tempoh tertentu sehingga tumbuh pembangunan sokongan bakal meningkatkan kembali nilainya.
Lima perkara diatas boleh dijadikan satu resolusi 2010 pada mereka yang bercadang untuk memiliki hartanah dan menjualnya. Jika anda pernah melakukan kesilapan diatas, jadikan ianya satu panduan dan terus berusaha untuk menjayakannya. “Satu kejayaan itu berkait rapat dengan tindakan. Orang berjaya adalah mereka yang terus melakukan sesuatu. Apabila mereka melakukan sesuatu kesilapan, mereka tidak pula berhenti setakat itu sahaja.” – Conrad Hilton.

Ikuti sambungan bahagian kedua dengan lima tip penting seperti bagaimana ciri – ciri orang yang tidak berdiri pada bumi yang nyata, bagaimana mencari dan memilih ejen hartanah, kenali jangka masa yang tepat dan bagaimana membuat carian kadar jenayah dikawasan anda.
Bersambung pada bahagian kedua. dibawah

10 Kesilapan yang perlu dielakkan pada tahun ini – bahagian akhir

6. Jangan menjadi Mat Jenin moden
Kerap kali saya berjumpa dengan golongan pemilik hartanah yang bercita – cita tinggi untuk menjadi kaya dengan cepat. Membeli hartanah dan menganggap mereka akan  kaya apabila mereka menjualnya kelak. Tidak salah bercita – cita tinggi, tetapi ia akan menjadi masalah jika ada individu yang ingin menjual hartanahnya pada harga yang tidak masuk akal. Harus diingati tugas anda sebagai tuan tanah / tuan rumah bukan lah menjualnya pada pembeli dan membuat untung semata – mata.
Meletakkan harga yang praktikal berdasarkan permintaan dan penawaran adalah satu faktor kritikal yang perlu difahami. Jika penawaran harta disatu kawasan itu banyak, sudah tentu hartanah anda tidak dapat dijual dengan harga maksima (kerana banyak persaingan). Selain itu jika permintaan pada kawasan itu rendah, sudah pasti pemilik berhadapan dengan pasaran lemah. Semasa ingin menjual hartanah peribadi cuba anda bayangkan adakah anda sendiri sanggup membeli harta ini dengan harga yang dicadangkan? …

7. Melantik agen hartanah yang salah
Perlantikan agen melicinkan proses jual beli harta. Tidak semestinya melantik agen hartanah dari agensi hartanah popular dan merekrut agen yang terbaik didalam industri menjadi titik tolak kejayaan. Anda harus sentiasa peka dan terbuka didalam pelbagai cadangan agen nanti, malah mungkin ada diantara agen hartanah menawarkan harga jualan tinggi dengan caj perkhidmatan rendah… tetapi,  tidak bermakna mereka adalah yang terbaik.
Pemilihan agen yang kretif, pintar, berpengalaman dan dedikasi adalah ciri yang kebiasaanya boleh percayai. Mungkin anda boleh menilai menerusi perbincangan dengan agen itu sebelum melantiknya, lihat dan perhatikan karisma dan tindakan seterus beliau dan jika beliau mencukupi syarat diatas lantiklah segera.

8. Tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu kontrak
Mungkin ada diantara kita yang menganggap kontrak adalah dokumen guaman yang rumit dengan bahasa yang sangat membosankan. Tidak mengambil tahu apa yang anda tanda-tangani adalah satu kesilapan yang besar. Bacalah dengan berhati – hati dan pastikan segala isi berkaitan pembayaran dan komitmen di tafsirkan dengan sebaiknya.
Selain itu pastikan yang agen anda mengambil inisiatif untuk mengambil tempat didalam proses perundingan dan urusan kontrak. Ia bakal membantu dan meringankan bebanan anda untuk mengelak sebarang kesilapan masa hadapan.

9. Jangka masa yang tidak sesuai
Jika anda ingin membeli hartanah sedangkan anda masih tersangkut dengan bebanan pinjaman yang banyak. Sebaik – baiknya anda mendahului perkara yang diperlukan dahulu, Sebagai contoh; jika anda mempunyai sebuah rumah dan anda merancang untuk membeli sebuah lagi hartanah mewah tetapi anda terpaksa menjual dahulu hartanah yang anda tinggal sekarang.
Letakkan perkara yang diperlukan menjadi keutamaan, dan ingat penjualan rumah anda sekarang adalah transaksi yang penting. Jika anda mempunyai pilihan jual dahulu rumah lama anda sebelum membuka lembaran buku hutang yang baru.

10. Tidak membuat kajian kadar jenayah
Setiap agen hartanah tidak akan menceritakan kejadian pecah rumah disebelah kejiranan anda. Beliau juga tidak akan menceritakan keburukan hartanah yang ingin dijualnya. Tetapi anda sebagai pemilik baru mempunyai banyak pilihan dan sumber untuk mendapatkan jawapan kadar jenayah untuk persediaan. Pertama; perhatikan pegawai keselamatan kejiranan, berapa kekerapan rondaan mereka? apakah ciri – ciri keselamatan lain yang terdapat disina? Tanya dan berkenalan dengan pegawai keselamatan jika anda perlu jawapan segera.

Selain itu anda juga boleh membuat pertanyaan pada balai polis berhampiran. Kenalkan diri anda dan mula bertanya mengenai kawasan kejiranan sasaran anda. Pegawai polis yang bertugas pasti amat berbesar hati untuk menceritakan hal – hal sensitif di kejiranan itu. Minta cadangan apakah tahap keselamatan yang anda perlukan, dan dimana anda boleh perolehinya. Mungkin anda boleh berkenalan dengan jiran – jiran dan katakan pada mereka yang anda meminati untuk membeli hartanah disebelah. Bertanyalah tentang hal ini mungkin dengan cara ini akan membantu anda didalam pemilihan harta yang terbaik untuk anda dan keluarga.
Sekian sahaja, Selamat berjaya pelabur semua.

Thursday, December 9, 2010

Pemaju Perlu Lebih Telus Dengan Pembeli Hartanah Mengenai Fi Penyelenggaraan

Pemaju hartanah strata perlu lebih telus mengenai kos penyelenggaan keseluruhan bangunan dengan pembeli hartanah.
Dalam membuat gesaan itu, Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia, Yeow Thit Sang berkata terdapat banyak masalah tidak selesai terutama berhubung kutipan fi penyelenggaran.
Yeow berkata terdapat dua juta unit kediaman strata dan masalah semakin meningkat sedangkan penyelesaiannya agak lambat.
Beliau berkata sebelum pembelian hartanah seperti itu, pembeli mesti dimaklumkan mengenai fi penyelengaraan dan prosesnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Persuruhjaya Bangunan (COB) juga wajar bertindak lebih tegas dan cepat dalam menangani masalah memandangkan mereka mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ek atas pemilik rumah yang ridak membayar fi penyelanggaran.
“COB mesti memberi mesej tegas memandangkan mereka mempunyai kuasa untuk bertindak ke atas pemilik kondominium yang gagal membayar fi penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Pengurusan Hartanah kelima di sini pada Khamis.
Mengenai bidang yang tidak jelas membabitkan hartanah strata seperti fi penyelenggaraan yang membabitkan parkir kereta dalam kompleks bercampur, Yeow bekata perlu ada fromula tepat mengenai cara mengendalikan dan berkongsi fi penyelenggaraan yang mempunyai pemilik berbeza.
“Cadangan kami ialah ia perlu berdasarkan penggunaan,” katanya.
Mengenai seminar hari ini, Yeow berkata antara objektifnya ialah meningkatkan kesedaran mengenai tugas mereka untuk membayar fi penyelenggaraan apabila memiliki hartanah strata.
Ditanya mengenai harga rumah yang semakin meningkat, Yeow mencadangkan pihak berkuasa segera meluluskan projek supaya pemaju hartanah dapat mewujudkan persekitaran kompetitif supaya harga tidak meningkat secara mendadak.
Sementara itu, pada seminar bertema “Pengurusan Hartanah – Bom Jangka” bertujuan mengkaji isu yang dihadapi pemaju hartanah, pengurus hartanah pemilik, penghuni hartanah bangunan tinggi dan strata.
Ia juga bertujuan meneliti dan mengkaji perundangan terkini dan relevan, implikasi percukaian, penguatkuasaan caj perkhidmatan kutipan, draf garis panduan untuk komuniti berpagar dan kawasan kejiranan yang mempunyai pengawal keselamatandan peraturan pengurusan hartanah strata.
Seminar anjuran FIABCI Malaysia dan Persatuan Pengurusan Kompleks Bangunan Tinggi dan Pusat Membeli-Belah Malaysia itu, menarik lebih 300 peserta.
– BERNAMA

Wednesday, December 8, 2010

Tips beli rumah apartment dan kondominium

Apakah kriteria utama untuk pembelian kondo atau apartmen yang baik?

Pembelian apartment dan kondominium adalah satu perkara biasa dan kini ia sebagai tren dan gaya hidup terbaru, Jika anda memerlukan privasi dan “guarded house” untuk kediaman… apartment dan kodominium adalah hartanah terbaik pada anda.
Sebelum anda membeli rumah apartment atau kondominium, kenali dahulu beberapa “check list” ini sebelum membeli.
1. Beli hartanah yang mempuyai minima 2 bilik mandi
2. Beli unit yang terletak jauh dari tempat sampah, lif dan tangga
3. Ruang letak kereta mencukupi
4. Ketinggian siling
5. Beli apartmen yang punyai 3 bilik atau lebih (utk. tujuan pelaburan)
6. Beli unit paling rendah jika boleh.
Membeli hartanah bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan secara kerap didalam kehidupan kita. Kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membeli rumah sebanyak 2 kali sahaja seumur hidup. Beli buat pertama kali semasa muda dan setelah 10-20 tahun… mereka membeli rumah dikawasan yang dirasakan sesuai untuk persaraan.
Jadi mungkin apa yang anda beli hari ini akan dilupuskan untuk mendapatkan hartanah yang lebih baik hari esok. Belilah hartanah hari ini dengan pelaburan jangka panjang didalam minda.

Hartanah bisnes terbaik untuk usahawan muda

Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan, industri hartanah mempunyai salah satu peluang pelaburan yang terbaik untuk usahawan baru. Jika anda mempunyai wang simpanan dan cita-cita untuk industri ini, mulakan dengan mendalami ilmu pendidikan hartanah kerana ia dapat menjamin kejayaan anda didalam perniagaan ini.
Satu tips menarik untuk hari ini; bagaimana memilih hartanah untuk dijadikan pelaburan untuk mereka yang baru didalam industri ini. Jika anda mendalami ilmu hartanah anda akan berjumpa dengan banyak tip-tip menarik dan semakin lama anda mencarinya semakin ia mengelirukan. Pernah kah anda terfikir, “mana satu tip yang saya harus ikut?” atau “sesetengah orang kata begini, ada pula yang kata jangan buat begini?” jadi mana satu yang betul?

Setiap penulis didalam industri hartanah mempunyai idea dan pengalaman masing-masing, jadi jangan terlalu gopoh. Jika anda berasa sedikit keliru akan terma dan idea seseorang yang berkongsi pengalaman mereka tentang hartanah, anda hanya perlu tenang dan cuba memahami pesanan yang ingin disampaikan penulis. Jika tidak dapat dibendung, inilah satu tahap penerimaan yang dipanggil “Information over load” yang memungkinkan anda tidak lagi mencari idea baru atau terus sahaja mematikan “mood” dan motivasi anda. Adakalanya lebih baik anda tidak mempunyai info yang terlalu banyak dan buat keputusan berdasarkan “rule of thumb” yang mana baik didahulu kan. Maklumat yang berlebihan adalah satu masalah yang semua orang hadapi. Tidak kiralah jika anda berada didalam industri hartanah atau mana-mana industri situasi ini adalah penyakit yang sukar untuk diubati melainkan anda telah melakukan, merasai dan mencipta peluang didalam industri ini.

Apa yang boleh saya katakan, bertenang dan proses maklumat itu dengan perbandingan. Baiklah, kembali pada topik perbincangan hari ini saya akan berkongsi sedikit tip bagaimana seorang “average man” atau orang yang berpendapatan biasa mampu melakukan pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah bersikap “universal” malah setiap keputusan diatas pembelian hartanah akan membawa kesan langsung dan tidak langsung pada persekitaran anda.

Sebelum melakukan sebarang pelaburan, tanya diri anda dahulu, apakah yang anda cari sebenarnya? dan apakah matlamat anda sebenarnya? Selepas itu… baru lah anda merancang bagaimana anda ingin merealisasikan matlamat anda. Saya mencadangkan pada mereka yang ingin membuat pelaburan hartanah dapatkan hartanah untuk kegunaan sendiri. Jika anda sedang menyewa rasanya inilah masa terbaik untuk anda mencari sebuah hartanah. Dapatkan sebuah rumah untuk berteduh, dan yang paling penting anda selesa dan gembira tinggal disana.

Setelah itu baru lah anda mencongak-congak lebihan setiap bulan. Lakukan bajet yang terancang dan saya mencadangkan anda untuk mensasarkan pada pasaran penyewa berikut;
  • Untuk eksekutif baru
  • Untuk pasangan baru berkahwin
  • Untuk pegawai Syarikat
Untuk menarik eksekutif muda, pasangan baru berkahwin dan pegawai syarikat anda tidak perlu membelanjakan wang besar untuk membuat pelaburan. Ini kerana jika anda membeli rumah yang terlalu besar, bukan sahaja anda membelanjakan wang yang banyak malah ruang tersebut tidak dapat digunakan.
Cukup sahaja jika anda dapat mencari satu rumah kecil yang bersaiz 650 kaki persegi dan mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air atau didalam bentuk studio yang kini menjadi trend terbaru dikalangan eksekuif muda. Mereka ini memerlukan privasi, sebenarnya rumah yang terlalu besar bukan sahaja merugikan malah amat sukar untuk mencari penyewa.

Monday, December 6, 2010

Duti setem apa yang anda harus tahu tentangnya

Apa itu duti setem? Mungkin ada diantara pembeli-pembeli baru yang keliru tentang duti setem. Secara mudah duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.
Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah anda. pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan. Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru… duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.
Di dalam kes pembelian mana-mana urus niaga, kontrak jualan dan belian anda sebagai pemilik baru akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan. Sebagai contoh apabila anda membeli hartanah bernilai RM700,000, anda dikehendaki membayar duti setem mengikut carta dibawah;
  • RM100,000 yang pertama: 1% dari RM100,000 pertama atau RM1.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
  • RM100,00 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000: 2% dari 100,000 hingga ke RM500,000 atau RM2.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
  • Melebihi RM500,000: 3% pada RM500,000 seterusnya atau RM3.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
Jika di simulasikan pembayaran duti pada hartanah yang berharga RM700,000 adalah;

Harga Rumah
RM100,000 pertama – 1% x RM100,000 = RM1,000 duti Setem yang dibayar (baki harga rumah – RM600,000)
RM400,000 seterusnya – 2% x RM400,000 = RM8,000 duti setem yang dibayar (baki harga rumah – RM200,000)
RM200,000 seterusnya – 3% x RM200,000 = RM6,000 duti setem yang dibayar (Jumlah harga rumah RM700,00)

Ini bermakna jumlah bayaran duti setem pada rumah ini adalah RM15,000 sahaja

Selain dari pengiraan manual, anda juga boleh menggunakan kalkulator pengiraan duti setem disini PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAH MILIK HARTA TANAH yang terdapat di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga boleh diakses melalui www.jpph.gov.my.

Sebagai pengguna anda harus tahu apakah hak anda dan bagaimana duti setem ini dikira. Supaya anda tidak tertipu atau menjadi mangsa penipuan pada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas ketidak pastian anda.
semoga info ini dapat membantu…