Saturday, May 1, 2010

PANDUAN PEMBELI RUMAH

PASTIKAN :

* Pemaju perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
* Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
* Status tanah sama ada hak milik kekal,pajakan atau rizab melayu
* Spesifikasi bahan binaan rumah
* Luas bangunan
* Kemudahan/perkhidmatan disediakan atau berdekatan
* Tarikh projek perumahan dijangka siap
* Harga rumah setiap jenis
* Bayaran perkhidmatan selepas rumah siap ( jika ada )


ANTARA HAK DAN KEPENTINGAN PEMBELI DALAM PERJANJIAN JUAL DAN BELI RUMAH ( S&P )

- Bayaran pertama,pembeli perlu menandatangani S&P pada bayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju.Pastikan tarikh bayaran pertama dan S&P adalah sama tarikhnya. Untuk makluman,pamaju tidak boleh mengutip sebarang bayarn tanpa S&P


PERAKUAN ARKITEK


- Pastikan sebarang tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong perakuan ditandatangani arkitek atau jurutera pemaju bertauliah


TEMPOH PEMILIKAN KOSONG


- Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian
( bagi tanah dan bangunan ) dan 36 bulan ( bagi bangunan yang dipecahbahagi )

PERANCANGAN HARTANAH

MENYEWA :

- Jangan cepat bersetuju utk menyewa tanpa sebarang perjanjian lengkap dan bertulis antara anda dengan pemilik atau agensi perumahan
- Buatlah pengesahan identiti pemilik sebelum anda membayar wang dan pastikan pemilik memiliki hartanah tersebut.Mintalah bukti pengenalan diri seperti buku rekod sewaan yang sebelumnya

MENJUAL :

- Bandingkan hartanah lain dalam kawasan anda di pasaran, termasuk mengambil kira pembaikan dan sebarng kerja
- Beritahu segala kerja-kerja yang telah anda lakukan utk hartanah anda
- Hanya tunjukkan hartanah kepada orang-orang yang telah membuat temujanji

MEMBELI :

- Buat senarai semakan maklumat mengenai hartanah yang diingini
- Bertanyalah tentang pendirian penjual terhadap hartanah-bolehkan perpindahan dilakukan secepat mungkin?

CONTOH HARTANAH







PEMBANGUNAN - PEMBINAAN - PELABURAN & PENGURUSAN ASSET


PELABURAN HARTANAH ADALAH TERBAIK SEJAK BERABAD :

- ASET TETAP
- TIADA SUSUT NILAI HARTA
- KENAIKAN NILAI SEMASA
- IA BERBENTUK FIZIKAL
- PERMINTAAN TINGGI

MASALAH & RISIKO PELABURAN HARTANAH

1.MODAL BESAR & RISIKO TINGGI
2.PERLU PENGALAMAN DAN MAHIR
3.PEMBIAYAAN SUKAR DIDAPATI
4.LIABILITI TANGGUNGAN TINGGI